Tuesday, December 20, 2011

Chapter 7 : Keikhlasan Mencari Pasangan



Salam

Ye, hari ini aku nak kongsi sikit satu perkara yang maybe korang semua pun pernah alami.

Actually benda macam pun terjadi ke atas diri aku sendiri juga satu ketika dulu. And ada seorang member baik aku meng-explain-kan benda ni dengan panjang dan lebar, namun aku tetap tidak memahami maksud disebalik segala kata-katanya sehingga lah pada satu hari, aku sendiri berada di tempat kawan aku tu memberi kata dua pada member aku yang lain pulak..fuhh..Allah itu sememangnya yang paling Maha Adil.

Aku ada seorang member yang dah lama aku kenal. Baru-baru ini beliau mempunyai krisis dalam hidup. Dan datang berjumpa  aku bagi mencari sepatah dua kata nasihat untuk  memulihkan semangat beliau. Apa yang berlaku ialah beliau meminta aku carikan seorang gadis untuk di jadikan awek beliau sekaligus mengakhirinya dengan perkahwinan..hmmmm..satu tujuan dan niat yang baik. Jadi aku rasa tak salah nak menolong memandangkan aku sendiri memang ada ramai kenalan perempuan di sekeliling pinggang  (blluurrpp (‘*’) ).  Jadi bermulalah kisah pengembaraan pertolongan aku kepada member aku sorang ni.

Setelah beberapa orang calon aku cuba kenalkan dengan dia dan beberapa cadangan yang baik aku promote, namun segalanya tidak kena dengan “taste” dia yang spesifiknya hanya beliau sahaja yang tahu. Aku pun sampai dah tak tau perempuan yang macam mana lagi dia nak. Setiap kali aku kenalkan seorang gadis, dia mesti menjawab….

“nampak macam evil la..”

“alim sangat, aku ni bukan terer agama pun..”

“ni sosial kuat ni..”

“nampak macam ego dia tinggi abis..”

“tak bape lawa la bro..”

“bukan taste aku ler bro..”

“aku kenal perempuan macam ni, tak bahagia aku esok..”

“tak sama macam awek aku dulu la..”

Begitu banyak komen dan kritikan yang diberikan dari mulut beliau. Ada sahaja benda yang tidak menepati keinginan kelakian beliau. Namun pun begitu, aku sedar akan satu perkara yang dahulunya aku sendiri tidak pernah nampak pun. Apa yang terjadi pada member aku ni sedikit sebanyak memberi pengajaran dan membuatkan aku lebih bersyukur serta menerima takdir dari Allah yang Maha Mengetahui..

Apa yang aku nak katakan, walau apa pun jenis perempuan yang kita sebagai lelaki ini miliki, walau siapa pun dia, walau dari mana asalnya, kita sebagai kaum yang mendominasi, sepatutnya membimbing kaum wanita yang sememangnya lemah dari asal ciptaan nya. Jangan sesekali memberi penilaian yang buruk terhadap kehidupan sosial mereka yang mungkin sangat asing dari diri kehidupan kita. Kita juga tidak tahu akan masalah yang mereka hadapi, asuhan mereka dari ibu dan bapa mereka sejak kecil, pengatahuan agama yang mereka miliki. Kita bukan sesiapa untuk menilai siapa mereka.

Rasulullah S.A.W juga tidak pernah mengajar kita untuk bersangka buruk kepada makhluk ciptaan Allah yang lain.  Baginda sendiri tidak menilai apabila isteri baginda, Saidatina Khadijah, yang sendiri pergi masuk meminang Baginda S.A.W  Tinggi sangatkah darjat kita berbanding dengan mereka? Jika semua kaum lelaki di dunia ini hanya ingin memilih wanita yang cantik, solehah, baik, mulia, jadi bagaimana dengan mereka yang tidak termasuk didalam golongan ini? Siapakah yang akan membimbing mereka? Siapakah yang bertanggungjawab membentuk mereka? Apa peranan kaum lelaki terhadap golongan seperti ini? Lepas tangan?

Jadi aku pun nasihat kan member aku ni. Jangan menilai kepada peribadi mereka seperti mana yang beliau adili. Yang penting tawan hati mereka dan usaha untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus. Tidak kira macam  mana liar pun mereka, yang penting kita sebagai lelaki kena ikhlas untuk membimbing mereka. Dengan itu kita juga akan terdorong untuk sentiasa melakukan kebaikan supaya menjadi contoh kepada manusia yang kita bimbing. jangan terlalu memandang pada luaran sedang kan kita boleh membentuk peribadi yang cantik di dalaman.

Kena juga ada ilmu dalam memilih pasangan hidup. Bukan membuta tuli saja. Bukan ilmu yang susah-susah pun. Just ingat pesanan Baginda Rasulullah S.A.W., cari lah pasangan hidup kita dengan melalui empat perkara.

Paras Rupa

Harta

Keturunan

Agama

Dan yang paling penting, carilah kerana ikhlas mencari keredhaan Allah Yang Maha Kaya.
Tak kenal maka tak cinta, beb..nasihat  ini bukan sahaja untuk semua, malah untuk aku juga bagi muhasabah diri yang sememangnya selalu saja lalai. Jadi fikir-fikirkan lah.
 Sekian

No comments: