Salam
Siapa kita nak merungut kepada apa yang Allah berikan kepada kita. Sebaliknya, panjatkanlah rasa bersyukur kepadaNya yang sudah Maha Pemurah memberi segala nikmat kepada kita sebagai hamba Nya yang begitu hina ini.
Senario zaman masa kini seperti sudah menjadi adat dan kebiasaan untuk manusia di muka bumi meletak kan diri mereka di dalam keadaan yang bersangka buruk dan berfikiran negative. Apa yang aku nak cerita ni mungkin terdapat dalam semua kehidupan seharian hangpa semua.
“Apa la yang panas sangat hari ni..kan best kalau hujan..”
“Aduhh..hujan pulak, aku nak keluar ni..”
“kenapa lah aku tak kaya macam orang lain..padahal aku solat tak pernah tinggal..”
“ Ya Allah….kenapa aku diberikan kesakitan ini..”
Siapa antara hangpa yang pernah menyebut ayat-ayat seakan-akan di atas ini? Aku juga tidak terkecuali dari menjadi sehina-hina hamba dan merungut bermacam-macam perkara sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Sedar kah kita bahawa bersangka buruk kepada Allah yang Maha Mencipta itu boleh mendatangkan dosa yang tersangat besar? Ya Allah..Ampunkan lah dosa-dosa ku..
Seperti contoh mudah aku nak kongsi dengan hangpa tentang perkara ini. Jom..!!
Hangpa tau benda apa ni kan?
Haa, nama dia En Selipar. Mungkin hangpa namakan dia sebagai Pachico Lento, Hasano, Chiki, Atento Kumbulo dan sebagainya. Ikutlah, selipar hangpa sendiri Tugas dia di cipta adalah untuk berkhidmat dan memperhambakan diri semata kepada kita, makhluk yang bernama manusia. Hangpa sudah semestinya tau apa kegunaan benda. Pakai hari-hari kot. Nak g jamban, sidai kain, kemas pasu bunga, main baling selipar, main bunga api, g kedai runcit, beli sayur, beli ikan dan bermacam-macam lagi hangpa bawanya bersama ke tempat yang En Selipar ni sendiri tidak pernah pergi.
Namun pun begitu, dia tak pernah merungut kepada kita walau apa pun yang kita buat padanya. Kita sebagai tuan memang berhak melakukan apa saja kepada sesuatu yang sememangnya hak milik kita. Dan en selipar tidak berhak untuk bersuara menyatakan ketidak puasan mereka. Bayangkan jika mereka boleh bercakap dan mengkritik segala apa yang kita lakukan padanya. Apa yang perasaan kita jika perkara ini terjadi? Jika segala hak milik kita yang kita punyai 100% hak melakukan apa saja merungut bermacam-macam tentang apa yang kita lakukan melaluinya, apa yang kita rasa?
Begitu juga dengan kita sebagai hamba yang di cipta Allah yang Maha Mencipta, adakah Dia akan berasa gembira jika kita selalu merungut dengan segala aturan yang telah diberikan Nya? Sebaliknya, bersyukur lah kita dengan apa jua yang datang dan berusaha untuk memperbaiki diri mendekatinya. Kita sebagai hamba, jadi hiduplah kita sebagai hamba. Segala yang kita miliki ini semuanya milik-Nya. Tiada satu pun hak kita sebenarnya. Fikir-fikirkanlah.
Sekian
Sekian
No comments:
Post a Comment