Friday, December 23, 2011

Chapter 11 : Fixing Your so-called NIAT

Salam

Kalau kita ingat balik masa kita kecik-kecik dulu, kalau orang tanya dah besar esok nak jadi apa, kita akan jawab semua kerjaya yang kita rasa cool, boleh buat kita jadi kaya, gaji besar, feymes, dan semua yang boleh buat kita rasa berkuasa.

“Saya nak jadi Doktor…!”

Pilot best..!”

Programmer boleh main game banyak..!”

“Boleh pegang senapang kalau jadi Askar..!”

“Aku nak jadi Bos..boleh dapat duit banyak..!”

Aku juga tak terkecuali  masa kecik dulu dari menjawab soalan macam ni. Dan itu lah jawapan-jawapan yang biasa didengari. Sekarang pun, kalau tanya budak-budak kecik, mereka akan menjawab benda-benda yang sama macam kita semua jawab dulu.

Jadi, setelah melangkah 10 tahun  kemudian, setengah dari pada mereka akan memberikan jawapan yang berlainan. Mungkin selepas melalui beberapa fasa kehidupan, cita-cita mereka berubah menjadi lebih realistik dan lebih logik berdasarkan pencapaian akademik mereka. Setengah lagi, mungkin masih berada di dalamlaluan yang betul untuk mencapai cita-cita  mereka.

Selepas melangkah ke menara gading, dengan mengejar untuk menyempurnakan kursus pengajian masing-masing, kadang-kadang, tidak tahu di mana silapnya, bila masanya, apa halnya, kita seakan-akan terlupa sesuatu yang teramat penting, yang sepatutnya kita tanam didalam diri kita sejak kita di bangku sekolah tadika lagi.

Apa yang aku maksudkan ialah, bila kita fikirkan kembali, tujuan utama  kita menuntut ilmu dari kecik sampai ke tahap yang tertinggi, pernah tak sekali kita terlupa yang kita sebenarnya menuntut ilmu kerana Allah? Dan bukan kerana apa yang hendak kita jadi dah besar nanti? Pernah kita terfikir jika kita tidak dapat mencapai cita-cita yang kita impikan kita akan hidup susah? Adakah kita berasa takut jika keadaan itu berlaku?

Jika benar keadaan ini pernah menimpa hangpa semua, sama la dengan aku juga. Dulu aku akan fikir seperti itu. masa depan aku akan gelap jikakeadaan seperti aku sebut tadi menimpa diri aku. Aku berfikiran terlalu sempit, dan terlupa perkara yang sepatutnya aku perlu lakukan sejak dari awal lagi. Iaitu NIAT. Itupun kawan baik aku yang sememangnya tidak pernah jemu untuk menasihati aku walau dalam apa jua keadaan pun. Thanks Buddy.

Ya, betul, tidak salah untuk kita bercita-cita, malah Islam juga menggalakan kita untuk menyimpan cita-cita dan mengejar impian. Namun, jangan sampai kita terlupa akan niat yang sebenar. Jika ianya betul-betul disemai sejak dari kecik, memang tidak akan ada masalah untuk kita semua belajar. Contoh, semasa hangpa semua berada didalam tingkatan 4, pernah tak hangpa baca buku fizik budak tingkatan 5? Tanya cikgu hangpa tentang arkeologi? Atau, cuba mengkaji bulan walau pun berada dalam kursus membina landskap?

“watpa aku nak susah-susah  study benda takdak kaitan  dengan apa yang aku belajar sekarang?”

Ini yang terlintas didalam hati hangpa bukan? Well, at least its crossed my mind. Yela, watpa membazir masa sedangkan benda kita belajar sendiri pun tak berapa nak faham lagi. Aku tengok orang lain elok ja berjaya dalam hidup mereka. So tak payah lah aku susah-susah, betul?

Salah, jika kita seikhlas hati membetulkan niat sejak dari awal lagi kerana Allah yang Maha Bijaksana, insyallah perkara ini tidak akan terjadi. Ramai yang sebenarnya maksud dan peranan niat itu sendiri. Mungkin perkara ini dipandang ringan kerana terlalu kecil  berbanding dengan perkara yang harian yang secara rutin kita lakukan.

Aku bercakap bukan lah dari segi pengalaman aku sendiri, tetapi aku kenal dengan seseorang yang at least berpermentalkan sedemikian rupa. Dan aku sendiri tengok cara hidup dia yang berlainan dari student-student  lain yang pernah aku kenal. Dia memang seorang yang bijak. Pernah satu hari time nak exam dulu, budak-budak lain doq kalut study. Siang malam tak berhenti kot. Punyalah nak cover semua subjek tak fail. Tapi aku tengok dia relax ja. Siap dia p doq baca buku silibes sem depan lagi. Aku naik hairan. Aku tanya hang dah study ke? Kenapa baca buku sem depan? Dia jawab confident.

“kita belajar ni kerana Allah. Bukan sebab nak exam je. Niat kena betul dulu.”

Jawapan dia memang bagi aku lagi takut. Bukan takut apa, takut pulak aku dia fail nanti. Tetapi, Alhamdulillah, dia dapat straight A kot. dan aku belajar dari situ. Agak payah sebenarnya, sebab sudah jadi seperti adat bahawa belajar untuk lulus exam je…hmmmmmm….jadi, marilah kita mencuba bersama-sama.

Fikir-fikirkanlah.
Sekian

No comments: