Salam
Negara kita ini sememangnya terkenal dengan tahap pembangunan yang pesat dan arus kemodenan yang menjadi contoh utama kepada negara sekeliling. Dasar ekonomi moden yang diperkenalkan menjadi tunjang dalam kebangkitan era negara memantapkan segala kelemahan dinamik dan membina kekuatan berintergriti ke setiap visi yang di matlamatkan.
Namun pun begitu, kita juga tidak lari dari masalah kerosakan akhlak dan kekotoran sosial yang sentiasa terlepas dari bendungan yang di lakukan pihak yang bertanggungjawab. Gejala maksiat semakin merebak seolah olah tiada sekatan di lakukan. Mengapa senario ini terjadi di negara kita yang di label negara Islam? Apakah peranan label itu di mata dunia jika langsung tiada ciri-ciri keIslaman dalam negara ini?
Kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang mempunyai tahap ilmu yang tinggi. Namun mengapa kita semua tidak mahu mencontohi mereka? Apakah yang akan dikata kan Rasulullah jika Baginda melihat perkara seperti ini? Adakah kita semua rasa yang Baginda akan tersenyum dan membiarkan gejala seperti ini merebak?
Zina menjadi semakin berleluasa kerana tidak ada hukuman yang setimpal akan dijatuhkan untuk pendosa yang melakukan dosa yang sedemikian. Mengapa begitu ringan kita menghukum mereka sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri begitu marah terhadap orang yang berzina. Jika alasan kita memberi mereka hukuman yang ringan agar mereka berubah, mengapa Baginda mahu penzina di rejam sampai mati? adakah ini bermakna kita lebih bijak dan mulia dari Baginda? Jahanam lah manusia yang berfikiran seperti ini!!
Selepas berdosa dengan zina, kebanyakkan mereka terpaksa menempuhi dosa besar yang seterusnya. Menjadikan dosa mereka lebih besar dan bertambah besar. Isu pembuangan bayi juga tidak kurang hangat nya diperkatakan pada masa kini. Setiap hari kita akan dihidang kan akhbar berita tentang penemuan mayat bayi yang baru di tinggalkan ibu yang BODOH!!!! Di Selangor sahaja, statistic menunjukkan lebih dari seribu kes pembuangan bayi yang dilaporkan. Dan angka itu terus meningkat dari tahun ke tahun. Apa sudah jadi dengan label negara Islam yang kita teguh pertahankan?
Tidak takut kah kita dengan segala kejadian yang terjadi ini? Adakah ini tandanya kita kembali ke zaman Jahiliah? Akhirat semakin hampir seperti di hadapan pintu rumah kita semua? Adakah cukup amalan kita menjadi bekal di akhirat esok?
Adakah masalah ini akan berterusan jika hukum hudud dilaksanakan? Apakah alasan mereka yang boleh di bawa di depan Allah yang Maha Agung nanti? Apakah mereka begitu berani berdebat denganNya di akhirat nanti? Subahanallah..fikir-fikir kan lah.
Sekian
No comments:
Post a Comment