Thursday, December 1, 2011

Chapter 1 : The Beginning

Salam.


Hari ini seperti biasa aku masuk ke pejabat bagi menunaikan rutin harian aku bekerja untuk mencari sesuap nasi yang halal dan berkat. Suasana di ofis aku sangat-sangat selesa, tenang dan aman. Walaupun di kerumuni dengan segala projek-projek yang perlu disiapkan, namun ianya tetap tidak menggangu keadaan yang harmoni ini. 

Kepuasan pelanggan harus di penuhi agar segala perjalanan perniagaan berjalan lancar. Kawan-kawan ofis aku juga sangat baik dan tidak pernah jemu untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada aku yang inginkan segala pengetahuan yang mereka miliki.






Dengan segala pengalaman aku di sini, pernah juga aku terfikir tentang sesuatu yang memang selalu terjadi di depan mata aku. Dan mungkin juga pernah terjadi kepada korang semua di luar sana. Dan perkara ini tidak pernah di diskusi secara langsung dan formal kerana pada mereka semua ianya bukan lah satu masalah yang besar sehingga boleh menggugat kedudukan ekonomi dan keselamatan negara Malaysia yang tercinta ini.

Namun pada aku, perkara ini sangat penting, kerana segala kejayaan yang besar, mulanya dari permulaan yang kecil.

Melalui pengalaman dan pemerhatian aku, aku membuat satu rumusan setelah membincangkan perkara ini dengan seseorang yang jauh lebih berpengalaman dalam dunia ini berbanding aku yang hanya sekadar seekor anak ikan yang hidup di dalam laut yang meluas.

Pada sesetengah peribadi manusia, pangkat dan gaji bulanan memainkan peranan yang tinggi dan penting dalam membentuk kepercayaan dan pemahaman pada hati dan mental mereka. Sebagai contoh, seorang pegawai eksekutif yang merasakan mereka tidak patut berkawan dengan staff-staff yang lebih rendah dari mereka. Kerana apa? Kerana pangkat dan gaji mereka jauh lebih tinggi dari mereka, dan disebabkan itulah mereka perlu ada jurang dan sempadan dalam pergaulan mereka di pejabat. Apabila keadaan seperti ini berlaku, maka suasana keharmonian di pejabat akan terjejas sedikit sebanyak menggangu stabiliti perjalanan operasi di pejabat. Mungkin ramai yang tidak nampak perkara ini.

Cuba bayangkan, peribadi staff yang bukan seorang eksekutif, apa perasaan mereka di layan seperti kuli, di maki, di herdik, di hina? Ya, memang benar fakta mereka adalah support staff yang perlu membantu dan menyiapkan segala kerja ketua unit mereka, namun mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan.

Aku pernah mendengar banyak cerita dulu, tentang kawan-kawan mereka yang di naikkan jawatan yang lebih tinggi dari mereka. Sikap dan personaliti mereka berubah dengan ketara. Jika dulu lepak makan bersama, sekarang nak bercakap pun tidak mahu. Even, kadang-kadang bersua muka pun buat-buat tak nampak. Sifat dan sikap siapa yang mereka ikut ni? Semakin murah rezeki mereka, semakin sombong.






Pernah satu ketika, aku memasuki sebuah ofis untuk menghadiri satu mesyuarat. Disebabkan awal, jadi aku menunggu mereka yang belum tiba. Sambil aku berehat di sofa hall mereka, aku terdengar suara seorang perempuan yang marah memaki hamun staff mereka. Dengan kuat dan lantang, staff itu di marahi dan di malukan di kawasan yang boleh didengari orang ramai. Mungkin staff itu ada melakukan kesalahan, tapi pada pendapat aku, tidak perlu kita untuk melenting dan meninggikan suara sampai macam tu sekali.

Kebanyakkannya perempuan yang berjawatan, semua perangai sama saja. Cerewet, berlagak, sombong. Bila mereka di tahap yang rendah, semua adalah kawan mereka, namun bila dinaikkan pangkat, semuanya menjadi orang asing dan tiada sesiapa pun yang boleh membantah cakap mereka.

Berdasarkan pengalaman aku dulu-dulu sebelum aku menjawat jawatan yang lebih tinggi, semua bos aku perempuan. Dan tidak seorang pun yang berbeza dari apa yang aku fikirkan. Semua mereka sama. Berlagak, cerewet, dan tidak boleh bertolak ansur. Berbanding dengan bos lelaki, mereka simple, boleh di bawa berbincang dan boleh bertolak ansur pada sesetengah perkara. Aku sendiri tidak faham kenapa semua perempuan berperangai seperti itu. Fikiran yang pendek dan mempunyai akal yang cetek.

Aku juga mempunyai pembantu yang membantu aku dalam segala urusan pejabat harian. Tetapi sehabis-habisnya aku cuba menjaga hubungan baik sebagai manusia antara kami semua. Selalu je aku lepak makan dan minum dengan mereka. Aku tidak mahu ada wujud sebarang tembok yang membolehakan aku riak dan gaji aku menjadi tidak berkat akibat permusuhan, umpatan, fitnah dan bermacam-macam lagi. Jika ada kesalahan yang di lakukan, cuba kita duduk sekali mencari jalan penyelesaian bagi segala permasalahan tersebut. Dari melakukan sebaliknya, memaki hamun, menyalahkan mereka, dan macam-macam lagi. Perkara ini akan mengurangkan motivasi mereka untuk terus bekerja.  Sekaligus menggugat hubungan persahabatan. Ya, mungkin di ofis kena wujud tahap posisi masing-masing, tetapi itu bukan sebabanya kita menjadi sombong dan bongkak.

Rasulullah juga seorang pemimpin, malah mempunyai jawatan yang jauh lebih tinggi dari segala umat manusia. Juga di janajikan syurga kepada Baginda. Namun, pernah tak kita mendengar cerita yang Baginda pernah menyombong dengan manusia yang lain? Ambil lah contoh ini jika hendak memimpin. Kenapa perlu berlagak dgn duit gaji bulanan yang tidak seberapa jika mahu dibandingkan dengan syurga Allah?

Mungkin bukan semua manusia seperti ini, namun aku bercakap melalui pengalaman aku bekerja dulu. Fikir-fikirkan lah.

Sekian

No comments: