Tuesday, December 20, 2011

Chapter 6 : Tipikaliti dalam Perfileman dan Pendramaan

Salam


Yo fellas..how’s it going? Good? I hope so..

So untuk bab yang kali ini, aku terpanggil sangat-sangat untuk membincangkannya..err..more like it la..maybe lebih kepada ingin berkongsi dengan kamu semua tentang sesuatu yang aku rasa ingin aku kongsikan dengan korang semua.

Maybe y’all dah biasa dengar tentang ketipikalan cerita melayu yang seringkali ditayangkan di kaca tv kita semua di negara Malaysia yang tercinta ini. Semua cerita Melayu, baik drama atau filem, seringkali kita mendengar dan melihat adengan atau babak-babak yang terdapat didalam nya mempunyai persamaannya dengan cerita-cerita melayu yang lain. Kadang-kadang aku sendiri menjadi keliru suatu cerita melayu itu dengan cerita yang lain. Terlalu banyak adengan- adengan yang di guna-pakai berulang kali di dalam kebanyakkan drama atau filem melayu zaman sekarang. Sometimes, pelakonya juga sama melakon kan adengan tersebut, Cuma tajuk cerita sahaja yang berlainan.

Contoh drama yang paling tipikal sekali boleh kita lihat ialah lakonan mama Fauziah Nawi yang seringkali di tayangkan di kaca tv pada masa seluruh umat Islam hampir dengan hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pernah aku tengok setiap tahun hampir semua cerita di tv hanya menampilkan mama Fauziah Nawi. Dan yang paling obvious ialah, semua cerita yang dilakonkan beliau, semuanya sedih dan hiba. Yang paling best, ending semua drama dia, mesti berakhir dia mati pada hari raya pertama. Nak-nak pula bila dengar je takbir raya time pagi-pagi tu, terus mati. hampir setiap cerita dia macam tu.

Come on lah, hari nak raya, watpa hangpa g tayang semua cerita sedih je manjang..? bukan nak mengata lakonan beliau. Dia memang seorang pelakon wanita yang mantap dan berkesan dari segi lakonan. Namun jangan lah pihak produksi hanya perlukan dia untuk babak sedih dan mati sahaja.  Sampai ada seorang member aku ni cakap yang mama Fauziah tu memang kena sign kontrak untuk berlakon mati je bila time raya..hmmm..

Ok, sudah dengan itu. Benda tipikal yang seterusnya, dari aku kecik sampai la aku la ni,  aku mesti ada jugak terjumpa dengan adengan ni. Babak di mana kemalangan yang seringkali berlaku di dalam kebanyakkan drama-drama melayu. Contoh, ada babak bila satu watak ni melintas jalan, confirm kena langgar kereta atau kenderaan yang sedang melalui di situ. Pelik jugak aku, apa orang-orang negara kita ni memang langsung tak reti melintas jalan ke? Bukan ke kita ni ada peraturan untuk melintas. Paling bodoh pun, tak kan lah kita melintas jalan time kereta atau kenderaan jalan raya lain sedang sibuk lalu kat jalan tu. Macam jalan tu kosong pulak kita nak g melintas macam tu je. Tidak lupa juga dengan babak didalam kereta. Kemalangan tu dah memang tak boleh nak di elakkan. Namun, tak kan semua cerita nak letak babak macam tu. Apa orang-orang kita ni dah tak reti nak bawak kereta ke?  Ada otak, sila lah kita pakai ye.

Baik, seterusnya, kita juga sering melihat babak di mana watak orang yang kaya akan menjadi KAYA sekayanya, manakala watak orang miskin, akan semiskin-miskinya. Aku pasti mesti ramai daripada kita yang sudah faham tentang keadaan ini. Sudah beberapa individu yang menerangkan part yang ini. So apa kata aku skip..heheh.

Apa yang aku perasan sangat, kebanyakkan filem-filem negara kita ini, terlalu banyak jalan cerita yang hanya perlu di tonton dengan begitu sahaja. Apa yang aku maksudkan, jarang sekali aku tonton filem melayu yang mempunyai unsure-unsur jalan ceita yang memerlukan pemikiran yang sangat mendalam. Contoh seperti filem Hollywood yang begitu banyak memberi pengaruh dan impak yang mendalam kepada penonton sebaik sahaja keluar dari hall wayang. Contoh filem yang memeningkan banyak kepala penonton, seperti Inception. Sebuah filem yang memerah keringat penonton untuk berfikir dan sekaligus membawa penonton ke kotak pemikiran yang luar biasa. Siapa-siapa yang hanyut ketika menonton filem ni, confirm tak faham and sangat-sanagt memeningkan kepala. Banyak lagi sebenarnya filem yang lain, cuma…aku lupa tajukk..errrr..

Ok, aku mengharapkan agar perfileman negara kite menjadi lebih maju dan mempunyai mental yang lebih bijak dalam segala pembikinan filem. Dan aku percaya mereka semua mempunyai idea dan tekonolgi yang dahsyat, namun segalanya mungkin di limitkan akibat penapisan Finas yang terlalu tegas dalam memprodusikan filem-filem di negara kita. Jika begini akibatnya, sampai bila akan kita membazir wang menonton filem yang tidak berbaloi untuk di pertontonkan. Rakyat di negara kita sudah bijak dan tahu menilai. Jangan memandangkan rendah dengan menghidangkan penonton sebuah ceritera yang sudah bosan kita lihat setiap masa.

Sila lah fikir-fikir kan.



Sekian


No comments: