Thursday, December 15, 2011

Chapter 5 : Is Bible the Word of God?

Salam


Berbalik kepada tajuk di atas, beberapa hari yang lepas, aku ada tengok satu perdebatan berkenaan tajuk di atas di dalam You Tube. Ia memaparkan perdebatan antara Islam dan Kristian. Di pihak Islam, di wakili oleh pendakwah yang terkenal Ahmad Deedat. Manakala di sebelah pihak yang mewakili Kristian pula adalah seorang paderi dan professor dari Sweden, Stanley Sjoberg. Ianya berlangsung di hadapan ramai penonton yang terdiri dari penganut agama Islam dan Kristian, di satu dewan besar di salah sebuah kota di Sweden. Format debat tersebut diadakan selama hampir lebih dua jam.




Selepas aku menonton video tersebut, aku dapati persoalan demi persoalan yang dikemukakan Ahmad Deedat tentang penterjemahan Bible tidak dijawab secara tepat oleh wakil mereka, Sjoberg. Pada 50 minit pertama, Ahmad Deedat membentangi segala hujah dan memerlukan jawapan dari pihak Kristian yang mempercayai bahawa Bible sepenuhnya adalah kata-kata dari tuhan mereka. Segala kontradiksi yang terdapat di dalam Bible yang dibincangkan mempunyai banyak percanggahan di dalam jilid-jilid mereka. Ahmad Deedat membincangkan perkara ini dengan baik sekali. Namun, semasa minit perbincangan di berada di pihak Sjoberg, beliau langsung tidak menjawab persoalan dan sangat lari dari tajuk yang yang dibincangkan pada perdebatan itu.

Sjoberg hanya menerangkan tentang keistimewaan Kristian yang kononnya lebih baik dari agama Islam. Beliau juga memperlekehkan ayat-ayat Al-Quran yang beliau sendiri tidak faham sepenuhnya. Mempertikaikan tentang hukum Allah yang seperti berat sebelah kepada manusia. Dan macam-maca benda lagi yang dimerepeki beliau.

Namun, Ahmad Deedat menjawab dengan tenang dan tepat kepada segala soalan yang di kemuka kan kepadanya. Malah beliau juga menerangkan yang Muslim di dunia ini bukan lah ati-Christ. Malah Muslim semuanya menyayangi Jesus yakni Nabi Isa. Jawapan yang di berikan Ahmad Deedat sangat-sangat cantik sehingga Sjoberg sendiri seolah-olah bingung apabila mendengar sendir kata-kata dari Ahmad Deedat “We Muslim believe and love Jesus..”

Aku sendiri kelakar tengok si Sjoberg tu merepek benda yang bukan-bukan. Untuk lebih memahami lagi, tengok lah sendiri. video ini mempunyai 24 bahagian. Sila lah tonton Dan guna kan akal fikiran yang di berikan Allah yang Maha Pemurah.



Sekian




No comments: