Salam
Baru-baru ni aku and budak-budak ofis anjurkan satu perlawanan persahabatan bola sepak. So masing-masing semangat ingin menonjolkan skil dan teknik masing-masing. Mereka semua dan juga negara kita masih lagi dilanda demam bola sepak selepas skuad Harimau Muda negar kita menjuarai Piala Sukan Sea di Indonesia. Sekarang ini pula Malaysia sedang menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpic pula. Semoga mereka berjaya walau di mana saja.
Bila sebut tentang kejuaraan Malaysia dalam Sukan Sea, sudah tentu ramai yang tidak akan lupa persembahan yang di tunjukkan skuad muda bimbingan Ong Kim Swee yang sudah hampir berubah wajah dari gaya dan corak tipikal Malaysia yang lama. Memang sudah tiba masanya mereka meletakkan Malaysia di satu tahap yang berbeza.
Namun pun begitu, tetap ada juga pemain-pemain yang masih lagi berada di takuk lama. Bukan hendak mengkritik atau mencaci, tetapi mungkin masih ramai lagi yang ingat kepada pemain barisan serangan Malaysia pada pelawanan akhir menentang Indonesia itu bukan?
Ahmad Fakri
Bukan hendak melupakan jasa beliau membantu Malaysia sebelum perlawanan akhir, tetapi persembahan yang di tunjukkannya pada perlawanan akhir sangat-sangat mengecewakan. Mendapat peluang di hadapan pintu gol beberapa kali dan mensia-siakannya, penalti tidak disempurnakan dengan baik, mutu kawalan bola yang amateur dan macam-macam lagi. Begitu ramai penyokong yang kecewa dengan persembahan beliau pada perlawanan itu. Aku ada membaca komen-komen di Facebook, membaca beberapa artikel, dan juga akhbar tempatan, semuanya tentang kekecewaan mereka kepada pemain tersebut. Ada juga yang mempertikaikan kelayakan posisinya didalam skuad Malaysia yang mempunyai sub-standard sahaja.
Kenapa tidak saja mencontohi pemain muda licik yang berusia 17 tahun itu? Nazmi yang bijak mencari ruang, kawalan bola yang bagus, sentiasa tenang dan tahu apa yang hendak di lakukan jika bola berada di kakinya, gaya dan mutu permainannya berada di tahap yang berbeza dengan pamain-pemain Malaysia yang sedia ada.
Apakah mereka tidak tahu dan tidak di expose kan dengan dunia bola sepak antarabangsa? Gaya permainan seperti Barcelona, Real Madrid, Man Utd dan bermacam-macam pasukan yang hebat lagi. Merek juga manusia biasa, namun mengapa mereka boleh bermain dengan cantik dan bijak? Sampi bilakah tahap dan mutu permainan Negara kita akan mencapai tahap mereka? Adakah semua itu mustahil disebabkan kita orang Malaysia?
Mereka masih kecewa dengan mutu permainan seperti Fakri. Sehingga mencipta satu kata sumpah seranah yang baru melibatkan nama pemain tersebut. Aku sendiri dengar pun nak tergelak. Macam-macam aku pernah dengar. Lebih-lebih lagi time aku main bola hari tu. Bila pihak lawan gagal menjaring kan gol mudah di depan pintu gol kami. Mereka semua menjerit memaki hamun.
“Woi, Ko ni Fakri Syarani btul la..!”
“Ko adik beradik dengan Fakri ke?”
“Ko main sebijik macam Fakri..!”
So, fikir-fikirkan lah kenapa sampai benda-benda macam ini terjadi. Begitu rendah para pencinta bola sepak Negara kita meletakkan tahap dan mutu permainan beliau. Mungkin kami semua tidak mahir bermain, namun semangat dan sokongan terhadap skuad Negara amat jitu dan padu, jadi jangan mempersembahkan gaya permainan yang mengecewakan. Apa-apa pun, aku tetap memberi sokongan padu pada skuad Malaysia, Chayok Chayok!!!
No comments:
Post a Comment