Monday, December 26, 2011

Chapter 12 : Selipar

Salam

 Siapa kita nak merungut kepada apa yang Allah berikan kepada kita. Sebaliknya, panjatkanlah rasa bersyukur kepadaNya yang sudah Maha Pemurah memberi segala nikmat kepada kita sebagai hamba Nya yang begitu hina ini.

Senario zaman masa kini seperti sudah menjadi adat dan kebiasaan untuk manusia di muka bumi meletak kan diri mereka di dalam keadaan yang bersangka buruk dan berfikiran negative. Apa yang aku nak cerita ni mungkin terdapat dalam semua kehidupan seharian hangpa semua.

“Apa la yang panas sangat hari ni..kan best kalau hujan..”

“Aduhh..hujan pulak, aku nak keluar ni..”

“kenapa lah aku tak kaya macam orang lain..padahal aku solat tak pernah tinggal..”

“ Ya Allah….kenapa aku diberikan kesakitan ini..”

Siapa antara hangpa yang pernah menyebut ayat-ayat seakan-akan di atas ini? Aku juga tidak terkecuali dari menjadi sehina-hina hamba dan merungut bermacam-macam perkara sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Sedar kah kita bahawa bersangka buruk kepada Allah yang Maha Mencipta itu boleh mendatangkan dosa yang tersangat besar? Ya Allah..Ampunkan lah dosa-dosa ku..

Seperti contoh mudah aku nak kongsi dengan hangpa tentang perkara ini. Jom..!!



Hangpa tau benda apa ni kan?
Haa, nama dia En Selipar. Mungkin hangpa namakan dia sebagai Pachico Lento, Hasano, Chiki, Atento Kumbulo dan sebagainya. Ikutlah, selipar hangpa sendiri  Tugas dia di cipta adalah untuk berkhidmat dan memperhambakan diri semata kepada kita, makhluk yang bernama manusia. Hangpa sudah semestinya tau apa kegunaan benda. Pakai hari-hari kot. Nak g jamban, sidai kain, kemas pasu bunga, main baling selipar, main bunga api, g kedai runcit, beli sayur, beli ikan dan bermacam-macam lagi hangpa bawanya bersama ke tempat yang En Selipar ni sendiri  tidak pernah pergi.

Namun pun begitu, dia tak pernah merungut kepada kita walau apa pun yang kita buat padanya. Kita sebagai tuan memang berhak melakukan apa saja kepada sesuatu yang sememangnya hak milik kita. Dan en selipar tidak berhak untuk bersuara menyatakan ketidak puasan mereka. Bayangkan jika mereka boleh bercakap dan mengkritik segala apa yang kita lakukan padanya. Apa yang perasaan kita jika perkara ini terjadi? Jika segala hak milik kita yang kita punyai 100% hak melakukan apa saja merungut bermacam-macam tentang apa yang kita lakukan melaluinya, apa yang kita rasa?

Begitu juga dengan kita sebagai hamba yang di cipta Allah yang Maha Mencipta, adakah Dia akan berasa gembira jika kita selalu merungut dengan segala aturan yang telah diberikan Nya? Sebaliknya, bersyukur lah kita dengan apa jua yang datang dan berusaha untuk memperbaiki diri mendekatinya. Kita sebagai hamba, jadi hiduplah kita sebagai hamba. Segala yang kita miliki ini semuanya milik-Nya. Tiada satu pun hak kita sebenarnya. Fikir-fikirkanlah.




Sekian

Friday, December 23, 2011

Chapter 11 : Fixing Your so-called NIAT

Salam

Kalau kita ingat balik masa kita kecik-kecik dulu, kalau orang tanya dah besar esok nak jadi apa, kita akan jawab semua kerjaya yang kita rasa cool, boleh buat kita jadi kaya, gaji besar, feymes, dan semua yang boleh buat kita rasa berkuasa.

“Saya nak jadi Doktor…!”

“Pilot best..!”

“Programmer boleh main game banyak..!”

“Boleh pegang senapang kalau jadi Askar..!”

“Aku nak jadi Bos..boleh dapat duit banyak..!”

Aku juga tak terkecuali  masa kecik dulu dari menjawab soalan macam ni. Dan itu lah jawapan-jawapan yang biasa didengari. Sekarang pun, kalau tanya budak-budak kecik, mereka akan menjawab benda-benda yang sama macam kita semua jawab dulu.

Jadi, setelah melangkah 10 tahun  kemudian, setengah dari pada mereka akan memberikan jawapan yang berlainan. Mungkin selepas melalui beberapa fasa kehidupan, cita-cita mereka berubah menjadi lebih realistik dan lebih logik berdasarkan pencapaian akademik mereka. Setengah lagi, mungkin masih berada di dalamlaluan yang betul untuk mencapai cita-cita  mereka.

Selepas melangkah ke menara gading, dengan mengejar untuk menyempurnakan kursus pengajian masing-masing, kadang-kadang, tidak tahu di mana silapnya, bila masanya, apa halnya, kita seakan-akan terlupa sesuatu yang teramat penting, yang sepatutnya kita tanam didalam diri kita sejak kita di bangku sekolah tadika lagi.

Apa yang aku maksudkan ialah, bila kita fikirkan kembali, tujuan utama  kita menuntut ilmu dari kecik sampai ke tahap yang tertinggi, pernah tak sekali kita terlupa yang kita sebenarnya menuntut ilmu kerana Allah? Dan bukan kerana apa yang hendak kita jadi dah besar nanti? Pernah kita terfikir jika kita tidak dapat mencapai cita-cita yang kita impikan kita akan hidup susah? Adakah kita berasa takut jika keadaan itu berlaku?

Jika benar keadaan ini pernah menimpa hangpa semua, sama la dengan aku juga. Dulu aku akan fikir seperti itu. masa depan aku akan gelap jikakeadaan seperti aku sebut tadi menimpa diri aku. Aku berfikiran terlalu sempit, dan terlupa perkara yang sepatutnya aku perlu lakukan sejak dari awal lagi. Iaitu NIAT. Itupun kawan baik aku yang sememangnya tidak pernah jemu untuk menasihati aku walau dalam apa jua keadaan pun. Thanks Buddy.

Ya, betul, tidak salah untuk kita bercita-cita, malah Islam juga menggalakan kita untuk menyimpan cita-cita dan mengejar impian. Namun, jangan sampai kita terlupa akan niat yang sebenar. Jika ianya betul-betul disemai sejak dari kecik, memang tidak akan ada masalah untuk kita semua belajar. Contoh, semasa hangpa semua berada didalam tingkatan 4, pernah tak hangpa baca buku fizik budak tingkatan 5? Tanya cikgu hangpa tentang arkeologi? Atau, cuba mengkaji bulan walau pun berada dalam kursus membina landskap?

“watpa aku nak susah-susah  study benda takdak kaitan  dengan apa yang aku belajar sekarang?”

Ini yang terlintas didalam hati hangpa bukan? Well, at least its crossed my mind. Yela, watpa membazir masa sedangkan benda kita belajar sendiri pun tak berapa nak faham lagi. Aku tengok orang lain elok ja berjaya dalam hidup mereka. So tak payah lah aku susah-susah, betul?

Salah, jika kita seikhlas hati membetulkan niat sejak dari awal lagi kerana Allah yang Maha Bijaksana, insyallah perkara ini tidak akan terjadi. Ramai yang sebenarnya maksud dan peranan niat itu sendiri. Mungkin perkara ini dipandang ringan kerana terlalu kecil  berbanding dengan perkara yang harian yang secara rutin kita lakukan.

Aku bercakap bukan lah dari segi pengalaman aku sendiri, tetapi aku kenal dengan seseorang yang at least berpermentalkan sedemikian rupa. Dan aku sendiri tengok cara hidup dia yang berlainan dari student-student  lain yang pernah aku kenal. Dia memang seorang yang bijak. Pernah satu hari time nak exam dulu, budak-budak lain doq kalut study. Siang malam tak berhenti kot. Punyalah nak cover semua subjek tak fail. Tapi aku tengok dia relax ja. Siap dia p doq baca buku silibes sem depan lagi. Aku naik hairan. Aku tanya hang dah study ke? Kenapa baca buku sem depan? Dia jawab confident.

“kita belajar ni kerana Allah. Bukan sebab nak exam je. Niat kena betul dulu.”

Jawapan dia memang bagi aku lagi takut. Bukan takut apa, takut pulak aku dia fail nanti. Tetapi, Alhamdulillah, dia dapat straight A kot. dan aku belajar dari situ. Agak payah sebenarnya, sebab sudah jadi seperti adat bahawa belajar untuk lulus exam je…hmmmmmm….jadi, marilah kita mencuba bersama-sama.

Fikir-fikirkanlah.
Sekian

Thursday, December 22, 2011

Chapter 10 : Daily-Routine Backward-Tracing

Salam

Hangpa mesti pernah buat benda ni. Mungkin nama berbeza tapi benda nya sama. Aku dulu belajar benda ni dari prof aku time aku study dulu.

Baik, pada yang tak pernah tahu, ini adalah salah satu akitiviti harian yang boleh membuat daya ingatan kita semakin kuat dan kental. Mungkin juga boleh membina personality yang kental berdasarkan cara pemikiran masing-masing.

Aktiviti dia lebih kurang macam ni:

1.       Dalam satu hari tu, sebelum tidur, cuba hangpa try ingat balik apa yang hangpa semua buat sejak dari hang bangun pagi tadi sampai ke saat hangpa nak tidoq balik.

2.     Jika hangpa dah berjaya lankah yang pertama tadi, cuba try ingat segala kata-kata yang hangpa semua cakap pada hari itu.

3.      Try tracing balik apa yang hangpa buat seminggu yang lepas. Sekali dengan kata-kata yang pernah hangpa semua cakap kan.

4.      Cuba untuk tracing semua aktiviti dari sebulan yang lepas dan seterusnya.

Hangpa mungkin akan rasa frazzled skit untuk mula-mula itu. Bila dah dapat buat semua step, Insyaallah hangpa semua mempunyai daya ingatan yang kuat dan kental. Cuma aktiviti ini kena di buat selalu sebagai latihan memori.

Selamat mencuba..!

Sekian


Wednesday, December 21, 2011

Chapter 9 : What's Your Favourite Cartoon Character?

Salam

Fuh sejuk betul pagi ni. Aku gerak dari rumah pagi tadi nak ke ofis, suasana mendung, sejuk, dan hujan renyai-renyai sikit. But don’t worry, aku Selamat sampai dengan jayanya ke ofis.

So kali ni aku nak berkongsi sedikit cerita. Aku tau korang semua mesti pernah dan selalu menonton kartun masa kecik-kecik dulu kan? Haa, aku juga sangat suka tengok cerita kartun. Teringat dulu siap sampai ponteng sekolah petang sebab nak tengok cerita Flashman, Gaban, Dash Yankurou, Suria Baja Hitam  dan banyak lagi cerita yang aku dah lupa namanya Hehehe..

Actually, sampai sekarang aku masih minat kartun. Kadang-kadang adik aku kat rumah tu bukak tengok cerita kartun, aku pun join sekalai layan sama. Hahahaha. Dan ini adalah feveret karekter kartun yang aku minat all-time ever.




Batman
“You wanted me, here I am..”



Wolverine
"I'm gonna cut your goddamned head off! See if this works!!"



Optimus Prime
"Autobots! Roll Out!"



Liono
"Thunder! Thunder! Thunder! Thundercats! Hoooo.."



Donald Duck
"What goes on here?"



Patrick Star
"You mean what we thought they thought we think and thought they thought. We think?"


Po
"There is no charge for awesomeness..or attractiveness."



Tin Tin
"We've got good and bad news. The bad news is, we've only got one bullet. the good news is we've got one bullet!"





Scooby Doo
"Warf! warf warf! hehehehehehe..."


And the most feveret karekter kartun yang paling aku minati sepanjang hayat ini adalah..Jeng Jeng Jeng..!!!




 Shrek
"I'm not here to eat him!"

Hahaha..that is all for this entry from now. Maybe i would put some other character which i've lost it from my memories in the future entry. So, apa feveret karekter kartun korang pulak..meh sini kongsi..hehe


Sekian


Chapter 8 : Bad Timing Question

Salam

Aku rasa hangpa semua mesti pernah ada seorang kawan yang mangkok dikalangan korang. Betul? Bgus..

Ok, apa aku nak cerita kali ni, benda yang agak common dikalangan kita dalam relationship persahabatan kita semua.  Tapi yang pastinya di antara kita, secara sedar atau tidak, kita semua mempunyai seorang kawan yang agak annoying dalam ramai-ramai kawan, bukan?

Ha, ni meh aku nak cerita pasal seorang member aku ni. Bukan nak mengumpat benda yang buruk pasal dia atau bercerita sesuatu benda yang tidak dilakukan beliau. Cuma sekadar berkongsi kisah yang aku dan member aku yang lain berfikiran sama di dalam hal ni.

Mr Mumble, lebih mudah aku gelar nama dia macam tu. So dia ni sebenarnya memang kawan baik aku sejak dari aku kecik lagi. Maklum lah , rumah pun dekat. Sekolah rendah sampai sekolah menengah sama je. Lepak sekali, and all the guys-doing. Pada aku dia memang seorang yang pandai dan bijak sejak dari bangku sekolah. Cuma aku tak pasti kenapa sekarang ni dia tiba-tiba dah jadi lembab dan lebih b*****g…opppsss..( no offense \m/ (-_-) \m/  )

Sometimes dia ni memang suka membuat perkara-perkara yang meng-annoy-kan  orang di sekeliling. Apa yang menghairankan, dia langsung tidak sedar  akan perkara itu. paling-paling yang aku rasa memang bangang sekali ialah, ketika mana dia mengajukan soalan yang dia sendiri tak tahu apa yang dia tanya dan nak tahu sebenarnya Contoh :


Situasi 1 : aku, Si Tuz, Si Muz dan Mr Mumble  lepak umah member aku, Si Raz

Aku   : Raz, ko belajar dulu amik kos apa ek?
Raz    : Owh dulu aku amik cos bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla .. (Raz cerita dari A sampai Z tentang zaman dia belajar dulu secara detail)

Member aku si Raz ni teruskan ceritanya sampai ke perancangan dia nak kahwin bagai, sampailah di satu ketika…………….

Mr Mumble : Raz, dulu ko belajar amik coz apa ek?

Aku, Raz, Muz, Tuz:  -________________________________- ‘’’

Muz : Bangang..!!!!


Situasi 2 : Aku, Tuz, dan Mr Mumble dalam kereta nak pergi tengok wayang.

Mr Mumble : Ko tengok cerita bersiri semalam kat Astro?? (aku lupa tajuk dia) macam mana start cerita dia ek? Aku terlepas lah..

Aku : Owh, cerita dia start macam ni. Hero tu bla bla bla..( aku punya la explain konon dia faham)

Mr Mumble : yela, maksud aku macam mana start cerita dia?

Aku : ??? macam yang aku cerita tadi la. Hero dia bla bla bla bla…

Mr Mumble : tapi aku nak tau macam start cerita tu?

Aku :  -___________________________________- “

Tuz: Dah tu, ko nak tengok video semua pelakon tu dari diorang mula lahir kat dunia ni ke pulak? pastu diorang g sekolah, pastu masuk akedemik lakonan, pastu start berlakon cerita tu?

Aku : alahai…Apa la bangang sangat..!!!!!!


Situasi 3 : Aku, Tuz, Mr Mumble tengah main PES 2012

Mr Mumble : bagus tau insuran ni, korang boleh beli, lepas tu jual jual jual.. ko nak tau tak macam mana nak join insuran yang aku buat ni??

Aku, Tuz: SHUT UP..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


The Great Mr Mumble
Sekian

Tuesday, December 20, 2011

Chapter 7 : Keikhlasan Mencari Pasangan



Salam

Ye, hari ini aku nak kongsi sikit satu perkara yang maybe korang semua pun pernah alami.

Actually benda macam pun terjadi ke atas diri aku sendiri juga satu ketika dulu. And ada seorang member baik aku meng-explain-kan benda ni dengan panjang dan lebar, namun aku tetap tidak memahami maksud disebalik segala kata-katanya sehingga lah pada satu hari, aku sendiri berada di tempat kawan aku tu memberi kata dua pada member aku yang lain pulak..fuhh..Allah itu sememangnya yang paling Maha Adil.

Aku ada seorang member yang dah lama aku kenal. Baru-baru ini beliau mempunyai krisis dalam hidup. Dan datang berjumpa  aku bagi mencari sepatah dua kata nasihat untuk  memulihkan semangat beliau. Apa yang berlaku ialah beliau meminta aku carikan seorang gadis untuk di jadikan awek beliau sekaligus mengakhirinya dengan perkahwinan..hmmmm..satu tujuan dan niat yang baik. Jadi aku rasa tak salah nak menolong memandangkan aku sendiri memang ada ramai kenalan perempuan di sekeliling pinggang  (blluurrpp (‘*’) ).  Jadi bermulalah kisah pengembaraan pertolongan aku kepada member aku sorang ni.

Setelah beberapa orang calon aku cuba kenalkan dengan dia dan beberapa cadangan yang baik aku promote, namun segalanya tidak kena dengan “taste” dia yang spesifiknya hanya beliau sahaja yang tahu. Aku pun sampai dah tak tau perempuan yang macam mana lagi dia nak. Setiap kali aku kenalkan seorang gadis, dia mesti menjawab….

“nampak macam evil la..”

“alim sangat, aku ni bukan terer agama pun..”

“ni sosial kuat ni..”

“nampak macam ego dia tinggi abis..”

“tak bape lawa la bro..”

“bukan taste aku ler bro..”

“aku kenal perempuan macam ni, tak bahagia aku esok..”

“tak sama macam awek aku dulu la..”

Begitu banyak komen dan kritikan yang diberikan dari mulut beliau. Ada sahaja benda yang tidak menepati keinginan kelakian beliau. Namun pun begitu, aku sedar akan satu perkara yang dahulunya aku sendiri tidak pernah nampak pun. Apa yang terjadi pada member aku ni sedikit sebanyak memberi pengajaran dan membuatkan aku lebih bersyukur serta menerima takdir dari Allah yang Maha Mengetahui..

Apa yang aku nak katakan, walau apa pun jenis perempuan yang kita sebagai lelaki ini miliki, walau siapa pun dia, walau dari mana asalnya, kita sebagai kaum yang mendominasi, sepatutnya membimbing kaum wanita yang sememangnya lemah dari asal ciptaan nya. Jangan sesekali memberi penilaian yang buruk terhadap kehidupan sosial mereka yang mungkin sangat asing dari diri kehidupan kita. Kita juga tidak tahu akan masalah yang mereka hadapi, asuhan mereka dari ibu dan bapa mereka sejak kecil, pengatahuan agama yang mereka miliki. Kita bukan sesiapa untuk menilai siapa mereka.

Rasulullah S.A.W juga tidak pernah mengajar kita untuk bersangka buruk kepada makhluk ciptaan Allah yang lain.  Baginda sendiri tidak menilai apabila isteri baginda, Saidatina Khadijah, yang sendiri pergi masuk meminang Baginda S.A.W  Tinggi sangatkah darjat kita berbanding dengan mereka? Jika semua kaum lelaki di dunia ini hanya ingin memilih wanita yang cantik, solehah, baik, mulia, jadi bagaimana dengan mereka yang tidak termasuk didalam golongan ini? Siapakah yang akan membimbing mereka? Siapakah yang bertanggungjawab membentuk mereka? Apa peranan kaum lelaki terhadap golongan seperti ini? Lepas tangan?

Jadi aku pun nasihat kan member aku ni. Jangan menilai kepada peribadi mereka seperti mana yang beliau adili. Yang penting tawan hati mereka dan usaha untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus. Tidak kira macam  mana liar pun mereka, yang penting kita sebagai lelaki kena ikhlas untuk membimbing mereka. Dengan itu kita juga akan terdorong untuk sentiasa melakukan kebaikan supaya menjadi contoh kepada manusia yang kita bimbing. jangan terlalu memandang pada luaran sedang kan kita boleh membentuk peribadi yang cantik di dalaman.

Kena juga ada ilmu dalam memilih pasangan hidup. Bukan membuta tuli saja. Bukan ilmu yang susah-susah pun. Just ingat pesanan Baginda Rasulullah S.A.W., cari lah pasangan hidup kita dengan melalui empat perkara.

Paras Rupa

Harta

Keturunan

Agama

Dan yang paling penting, carilah kerana ikhlas mencari keredhaan Allah Yang Maha Kaya.
Tak kenal maka tak cinta, beb..nasihat  ini bukan sahaja untuk semua, malah untuk aku juga bagi muhasabah diri yang sememangnya selalu saja lalai. Jadi fikir-fikirkan lah.
 Sekian

Chapter 6 : Tipikaliti dalam Perfileman dan Pendramaan

Salam


Yo fellas..how’s it going? Good? I hope so..

So untuk bab yang kali ini, aku terpanggil sangat-sangat untuk membincangkannya..err..more like it la..maybe lebih kepada ingin berkongsi dengan kamu semua tentang sesuatu yang aku rasa ingin aku kongsikan dengan korang semua.

Maybe y’all dah biasa dengar tentang ketipikalan cerita melayu yang seringkali ditayangkan di kaca tv kita semua di negara Malaysia yang tercinta ini. Semua cerita Melayu, baik drama atau filem, seringkali kita mendengar dan melihat adengan atau babak-babak yang terdapat didalam nya mempunyai persamaannya dengan cerita-cerita melayu yang lain. Kadang-kadang aku sendiri menjadi keliru suatu cerita melayu itu dengan cerita yang lain. Terlalu banyak adengan- adengan yang di guna-pakai berulang kali di dalam kebanyakkan drama atau filem melayu zaman sekarang. Sometimes, pelakonya juga sama melakon kan adengan tersebut, Cuma tajuk cerita sahaja yang berlainan.

Contoh drama yang paling tipikal sekali boleh kita lihat ialah lakonan mama Fauziah Nawi yang seringkali di tayangkan di kaca tv pada masa seluruh umat Islam hampir dengan hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pernah aku tengok setiap tahun hampir semua cerita di tv hanya menampilkan mama Fauziah Nawi. Dan yang paling obvious ialah, semua cerita yang dilakonkan beliau, semuanya sedih dan hiba. Yang paling best, ending semua drama dia, mesti berakhir dia mati pada hari raya pertama. Nak-nak pula bila dengar je takbir raya time pagi-pagi tu, terus mati. hampir setiap cerita dia macam tu.

Come on lah, hari nak raya, watpa hangpa g tayang semua cerita sedih je manjang..? bukan nak mengata lakonan beliau. Dia memang seorang pelakon wanita yang mantap dan berkesan dari segi lakonan. Namun jangan lah pihak produksi hanya perlukan dia untuk babak sedih dan mati sahaja.  Sampai ada seorang member aku ni cakap yang mama Fauziah tu memang kena sign kontrak untuk berlakon mati je bila time raya..hmmm..

Ok, sudah dengan itu. Benda tipikal yang seterusnya, dari aku kecik sampai la aku la ni,  aku mesti ada jugak terjumpa dengan adengan ni. Babak di mana kemalangan yang seringkali berlaku di dalam kebanyakkan drama-drama melayu. Contoh, ada babak bila satu watak ni melintas jalan, confirm kena langgar kereta atau kenderaan yang sedang melalui di situ. Pelik jugak aku, apa orang-orang negara kita ni memang langsung tak reti melintas jalan ke? Bukan ke kita ni ada peraturan untuk melintas. Paling bodoh pun, tak kan lah kita melintas jalan time kereta atau kenderaan jalan raya lain sedang sibuk lalu kat jalan tu. Macam jalan tu kosong pulak kita nak g melintas macam tu je. Tidak lupa juga dengan babak didalam kereta. Kemalangan tu dah memang tak boleh nak di elakkan. Namun, tak kan semua cerita nak letak babak macam tu. Apa orang-orang kita ni dah tak reti nak bawak kereta ke?  Ada otak, sila lah kita pakai ye.

Baik, seterusnya, kita juga sering melihat babak di mana watak orang yang kaya akan menjadi KAYA sekayanya, manakala watak orang miskin, akan semiskin-miskinya. Aku pasti mesti ramai daripada kita yang sudah faham tentang keadaan ini. Sudah beberapa individu yang menerangkan part yang ini. So apa kata aku skip..heheh.

Apa yang aku perasan sangat, kebanyakkan filem-filem negara kita ini, terlalu banyak jalan cerita yang hanya perlu di tonton dengan begitu sahaja. Apa yang aku maksudkan, jarang sekali aku tonton filem melayu yang mempunyai unsure-unsur jalan ceita yang memerlukan pemikiran yang sangat mendalam. Contoh seperti filem Hollywood yang begitu banyak memberi pengaruh dan impak yang mendalam kepada penonton sebaik sahaja keluar dari hall wayang. Contoh filem yang memeningkan banyak kepala penonton, seperti Inception. Sebuah filem yang memerah keringat penonton untuk berfikir dan sekaligus membawa penonton ke kotak pemikiran yang luar biasa. Siapa-siapa yang hanyut ketika menonton filem ni, confirm tak faham and sangat-sanagt memeningkan kepala. Banyak lagi sebenarnya filem yang lain, cuma…aku lupa tajukk..errrr..

Ok, aku mengharapkan agar perfileman negara kite menjadi lebih maju dan mempunyai mental yang lebih bijak dalam segala pembikinan filem. Dan aku percaya mereka semua mempunyai idea dan tekonolgi yang dahsyat, namun segalanya mungkin di limitkan akibat penapisan Finas yang terlalu tegas dalam memprodusikan filem-filem di negara kita. Jika begini akibatnya, sampai bila akan kita membazir wang menonton filem yang tidak berbaloi untuk di pertontonkan. Rakyat di negara kita sudah bijak dan tahu menilai. Jangan memandangkan rendah dengan menghidangkan penonton sebuah ceritera yang sudah bosan kita lihat setiap masa.

Sila lah fikir-fikir kan.



Sekian