Tuesday, February 7, 2012

Chapter 15 : Mari Bersangka Baik

Salam



Sila terapkan di dalam hati hangpa semua bahawa, rezeki semuanya datang dari Allah. Jadi, jangan lah kita malu dan segan untuk meminta-minta kepada NYA. Jauh kan diri dari bersikap pesimis. Kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa, malah mempunyai potensi sebagai medium penyumbang kepada dosa-dosa besar.

Kongsi dan fikir-fikirkan lah..

Sekian

Friday, February 3, 2012

Chapter 14 : Tudung - Fesyen or Hijab

Salam
Apa ertinya tudung kepada kaum hawa jika si pamakainya tetap tidak dapat menutuo aurat dengan sempurna?  Apakah fungsi tudung di zaman in kepada semua wanita? Adakah ianya nampak lebih hebat di dalam fesyen berbanding dengan penjagaan aurat itu sendiri? Mana yang lebih penting? Adakah konsep bertudung itu hanya sekadar memenuhi syarat sebagai wanita Islam? Apakah mereka sendiri tidak tau apakah ertinya aurat itu sendiri?

Jika seorang wanita yang bertudung, menyempurnakan penjagaan aurat, itu adalah perkara yang wajib bagi semua perempuan yang beragama Islam. Menutup aurat dapat mencegah pelbagai perkara yang buruk. Pasti ada kebenaran jika di dalam Islam itu sendiri menyeru agar lelaki dan perempuan yang beragama Islam supaya menutup aurat.

Terlalu banyak konsep pertudungan yang di reka pada masa kini. Namun adakah ianya sesuai untuk di jadi kan konsep menutup aurat? Tidak salah berfesyen, malah di dalam Islam juga menyuruh agar umatnya berpakaian bersih dan cantik. Tetapi, kita tidak seharusnya lupa akan garis panduan serta larangan dalam berfesyen. Sudah menjadi tanggungjawab seorang muslimah mengutamakan tuntutan agama terlebih dahulu mendahului segala-galanya yang lain. Apatah lagi kehendak nafsu diri yang memang agak sukar untuk di kekang.

Adakah dikira sempurna penjagaan aurat itu jika ianya masih boleh membuatkan syahwat sang lelaki membuak-buak apabila melihat? Adakah zina itu sebenarnya datang dari lelaki? Dan perempuan langsung tidak bertanggungjawab didalam hal ini?

Baru-baru ni aku banyak melayari dan melihat vlog para gadis-gadis mengenai cara pemakaian tudung. Dan aku hairan, kenapa mereka perlu bersusah payah membelit dan membalut kepala mereka jika hasilnya tetap tidak dpat menjaga aurat dengan sempurna. Adakah segala tutorial itu berdasarakn konsep ikhlas kerana Allah? Ingin membaiki pemikiran perempuan supaya bertudung dengan betul? Ada banyak yang aku lihat, semuanya lebih mengutamakan fesyen itu sendiri dari mengutamakan peraturan penjagaan aurat.

Tidak salah untuk menghias diri. Tetapi perlu juga melihat kepada niat dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika seorang isteri berhias diri untuk suaminya, itu adalah perkara yang di galakkan di dalam Islam. Namun jika seorang gadis berhias diri semata-mata kerana ingin di lihat cantik di pandangan mata masyarakat yang tiada talian darah dan bukan mahram nya, itu adalah haram. Ianya juga boleh mengundang kepada perkara yang tidak baik. Apakah wanita suka diri mereka di rogol?
Marilah kita kembali ke jalan yang lurus dan perbetulkan semula niat. Fikir-fikirkanlah..


Sekian

Tuesday, January 31, 2012

Chapter 13 : Basic Vlogger

Salam
Ada lima perkara yang aku rasa perlu di jadikan basic dalam pembikinan Vlog yang sedang berkembang pesat di kalangan pemuda pemudi di Malaysia. Aku juga tidak ketinggalan dalam mencipta sejarah hidup aku sendiri.

Sebelum vlog aku di reka, aku ada juga membuat sedikit kajian tentang perkara-perkara basic yang seharusnya di masuk ke dalam setiap vlog. Ianya menjadi elemen-elemen penarik yang penting. Aku juga masih lg dalam tempoh pembelajaran dalam memahami aliran vlog yang sebenar. So,ini adalah perkara-perkara tersebut.

1. Nama
Perkara yang paling penting. Pemilihan nama yang sesuai dengan rupa wajah diri sendiri dalam mempersembahkan penyampaian vlog.

2.      Umur
Sebenarnya tiada batasan umur untuk memulakan video log. Cuma jadi diri sendiri dan membicarakan tentang sesuatu yang cukup sesuai untuk semua viewer dalam semua lapisan umur.

3. Background
Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada viewers. Maklumat ini di salurkan ke pengetahuan viewers bagi mengenali diri vlogger. Vlogger yang menarik perhatian sememangnya ingin di kenali latar belakanag hidup mereka oleh viewers.

4. Subject

Pemilihan subjek dalam setiap video amat penting. Penyampaian yang kreatif dan subjek yang menarik, menambahkan lagi keinginan viewer untuk terus mem-view-kan cerita-cerita yang ingin disampaikan oleh vlogger. Subjek dan penyampaian yang boring, tidak akan dapta menarik hati viewer untuk terus menonton vlog anda.

5. The Music
Ini adalah perkara asas yang aku rasa paling penting sekali dalam pembikinan sesuatu vlog. Pemilihan lagu yang tepat akan membangkitkan mood viewer dalam memahami cerita dan mesej yang tersembunyi di dalam setiap video vlogger. Pemilihan muzik yang kurang bersesuaian akan membuat para viewer keliru dengan keadaan penyampaian vlogger dan mesej yang hendak disampaikan juga akan mengelirukan.

Apa yang penting, mesej yang hendak disampaikan, jelas dan para penonton memahami dengan penyampaian yang kreatif dan simple. Setakat ini sahaja dulu aku ingin berkongsi dengan semua. Kalau ada lagi nanti, sila lah berkongsi ek..fikir-fikirkan lah.



Sekian

Monday, December 26, 2011

Chapter 12 : Selipar

Salam

 Siapa kita nak merungut kepada apa yang Allah berikan kepada kita. Sebaliknya, panjatkanlah rasa bersyukur kepadaNya yang sudah Maha Pemurah memberi segala nikmat kepada kita sebagai hamba Nya yang begitu hina ini.

Senario zaman masa kini seperti sudah menjadi adat dan kebiasaan untuk manusia di muka bumi meletak kan diri mereka di dalam keadaan yang bersangka buruk dan berfikiran negative. Apa yang aku nak cerita ni mungkin terdapat dalam semua kehidupan seharian hangpa semua.

“Apa la yang panas sangat hari ni..kan best kalau hujan..”

“Aduhh..hujan pulak, aku nak keluar ni..”

“kenapa lah aku tak kaya macam orang lain..padahal aku solat tak pernah tinggal..”

“ Ya Allah….kenapa aku diberikan kesakitan ini..”

Siapa antara hangpa yang pernah menyebut ayat-ayat seakan-akan di atas ini? Aku juga tidak terkecuali dari menjadi sehina-hina hamba dan merungut bermacam-macam perkara sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Sedar kah kita bahawa bersangka buruk kepada Allah yang Maha Mencipta itu boleh mendatangkan dosa yang tersangat besar? Ya Allah..Ampunkan lah dosa-dosa ku..

Seperti contoh mudah aku nak kongsi dengan hangpa tentang perkara ini. Jom..!!



Hangpa tau benda apa ni kan?
Haa, nama dia En Selipar. Mungkin hangpa namakan dia sebagai Pachico Lento, Hasano, Chiki, Atento Kumbulo dan sebagainya. Ikutlah, selipar hangpa sendiri  Tugas dia di cipta adalah untuk berkhidmat dan memperhambakan diri semata kepada kita, makhluk yang bernama manusia. Hangpa sudah semestinya tau apa kegunaan benda. Pakai hari-hari kot. Nak g jamban, sidai kain, kemas pasu bunga, main baling selipar, main bunga api, g kedai runcit, beli sayur, beli ikan dan bermacam-macam lagi hangpa bawanya bersama ke tempat yang En Selipar ni sendiri  tidak pernah pergi.

Namun pun begitu, dia tak pernah merungut kepada kita walau apa pun yang kita buat padanya. Kita sebagai tuan memang berhak melakukan apa saja kepada sesuatu yang sememangnya hak milik kita. Dan en selipar tidak berhak untuk bersuara menyatakan ketidak puasan mereka. Bayangkan jika mereka boleh bercakap dan mengkritik segala apa yang kita lakukan padanya. Apa yang perasaan kita jika perkara ini terjadi? Jika segala hak milik kita yang kita punyai 100% hak melakukan apa saja merungut bermacam-macam tentang apa yang kita lakukan melaluinya, apa yang kita rasa?

Begitu juga dengan kita sebagai hamba yang di cipta Allah yang Maha Mencipta, adakah Dia akan berasa gembira jika kita selalu merungut dengan segala aturan yang telah diberikan Nya? Sebaliknya, bersyukur lah kita dengan apa jua yang datang dan berusaha untuk memperbaiki diri mendekatinya. Kita sebagai hamba, jadi hiduplah kita sebagai hamba. Segala yang kita miliki ini semuanya milik-Nya. Tiada satu pun hak kita sebenarnya. Fikir-fikirkanlah.




Sekian

Friday, December 23, 2011

Chapter 11 : Fixing Your so-called NIAT

Salam

Kalau kita ingat balik masa kita kecik-kecik dulu, kalau orang tanya dah besar esok nak jadi apa, kita akan jawab semua kerjaya yang kita rasa cool, boleh buat kita jadi kaya, gaji besar, feymes, dan semua yang boleh buat kita rasa berkuasa.

“Saya nak jadi Doktor…!”

“Pilot best..!”

“Programmer boleh main game banyak..!”

“Boleh pegang senapang kalau jadi Askar..!”

“Aku nak jadi Bos..boleh dapat duit banyak..!”

Aku juga tak terkecuali  masa kecik dulu dari menjawab soalan macam ni. Dan itu lah jawapan-jawapan yang biasa didengari. Sekarang pun, kalau tanya budak-budak kecik, mereka akan menjawab benda-benda yang sama macam kita semua jawab dulu.

Jadi, setelah melangkah 10 tahun  kemudian, setengah dari pada mereka akan memberikan jawapan yang berlainan. Mungkin selepas melalui beberapa fasa kehidupan, cita-cita mereka berubah menjadi lebih realistik dan lebih logik berdasarkan pencapaian akademik mereka. Setengah lagi, mungkin masih berada di dalamlaluan yang betul untuk mencapai cita-cita  mereka.

Selepas melangkah ke menara gading, dengan mengejar untuk menyempurnakan kursus pengajian masing-masing, kadang-kadang, tidak tahu di mana silapnya, bila masanya, apa halnya, kita seakan-akan terlupa sesuatu yang teramat penting, yang sepatutnya kita tanam didalam diri kita sejak kita di bangku sekolah tadika lagi.

Apa yang aku maksudkan ialah, bila kita fikirkan kembali, tujuan utama  kita menuntut ilmu dari kecik sampai ke tahap yang tertinggi, pernah tak sekali kita terlupa yang kita sebenarnya menuntut ilmu kerana Allah? Dan bukan kerana apa yang hendak kita jadi dah besar nanti? Pernah kita terfikir jika kita tidak dapat mencapai cita-cita yang kita impikan kita akan hidup susah? Adakah kita berasa takut jika keadaan itu berlaku?

Jika benar keadaan ini pernah menimpa hangpa semua, sama la dengan aku juga. Dulu aku akan fikir seperti itu. masa depan aku akan gelap jikakeadaan seperti aku sebut tadi menimpa diri aku. Aku berfikiran terlalu sempit, dan terlupa perkara yang sepatutnya aku perlu lakukan sejak dari awal lagi. Iaitu NIAT. Itupun kawan baik aku yang sememangnya tidak pernah jemu untuk menasihati aku walau dalam apa jua keadaan pun. Thanks Buddy.

Ya, betul, tidak salah untuk kita bercita-cita, malah Islam juga menggalakan kita untuk menyimpan cita-cita dan mengejar impian. Namun, jangan sampai kita terlupa akan niat yang sebenar. Jika ianya betul-betul disemai sejak dari kecik, memang tidak akan ada masalah untuk kita semua belajar. Contoh, semasa hangpa semua berada didalam tingkatan 4, pernah tak hangpa baca buku fizik budak tingkatan 5? Tanya cikgu hangpa tentang arkeologi? Atau, cuba mengkaji bulan walau pun berada dalam kursus membina landskap?

“watpa aku nak susah-susah  study benda takdak kaitan  dengan apa yang aku belajar sekarang?”

Ini yang terlintas didalam hati hangpa bukan? Well, at least its crossed my mind. Yela, watpa membazir masa sedangkan benda kita belajar sendiri pun tak berapa nak faham lagi. Aku tengok orang lain elok ja berjaya dalam hidup mereka. So tak payah lah aku susah-susah, betul?

Salah, jika kita seikhlas hati membetulkan niat sejak dari awal lagi kerana Allah yang Maha Bijaksana, insyallah perkara ini tidak akan terjadi. Ramai yang sebenarnya maksud dan peranan niat itu sendiri. Mungkin perkara ini dipandang ringan kerana terlalu kecil  berbanding dengan perkara yang harian yang secara rutin kita lakukan.

Aku bercakap bukan lah dari segi pengalaman aku sendiri, tetapi aku kenal dengan seseorang yang at least berpermentalkan sedemikian rupa. Dan aku sendiri tengok cara hidup dia yang berlainan dari student-student  lain yang pernah aku kenal. Dia memang seorang yang bijak. Pernah satu hari time nak exam dulu, budak-budak lain doq kalut study. Siang malam tak berhenti kot. Punyalah nak cover semua subjek tak fail. Tapi aku tengok dia relax ja. Siap dia p doq baca buku silibes sem depan lagi. Aku naik hairan. Aku tanya hang dah study ke? Kenapa baca buku sem depan? Dia jawab confident.

“kita belajar ni kerana Allah. Bukan sebab nak exam je. Niat kena betul dulu.”

Jawapan dia memang bagi aku lagi takut. Bukan takut apa, takut pulak aku dia fail nanti. Tetapi, Alhamdulillah, dia dapat straight A kot. dan aku belajar dari situ. Agak payah sebenarnya, sebab sudah jadi seperti adat bahawa belajar untuk lulus exam je…hmmmmmm….jadi, marilah kita mencuba bersama-sama.

Fikir-fikirkanlah.
Sekian

Thursday, December 22, 2011

Chapter 10 : Daily-Routine Backward-Tracing

Salam

Hangpa mesti pernah buat benda ni. Mungkin nama berbeza tapi benda nya sama. Aku dulu belajar benda ni dari prof aku time aku study dulu.

Baik, pada yang tak pernah tahu, ini adalah salah satu akitiviti harian yang boleh membuat daya ingatan kita semakin kuat dan kental. Mungkin juga boleh membina personality yang kental berdasarkan cara pemikiran masing-masing.

Aktiviti dia lebih kurang macam ni:

1.       Dalam satu hari tu, sebelum tidur, cuba hangpa try ingat balik apa yang hangpa semua buat sejak dari hang bangun pagi tadi sampai ke saat hangpa nak tidoq balik.

2.     Jika hangpa dah berjaya lankah yang pertama tadi, cuba try ingat segala kata-kata yang hangpa semua cakap pada hari itu.

3.      Try tracing balik apa yang hangpa buat seminggu yang lepas. Sekali dengan kata-kata yang pernah hangpa semua cakap kan.

4.      Cuba untuk tracing semua aktiviti dari sebulan yang lepas dan seterusnya.

Hangpa mungkin akan rasa frazzled skit untuk mula-mula itu. Bila dah dapat buat semua step, Insyaallah hangpa semua mempunyai daya ingatan yang kuat dan kental. Cuma aktiviti ini kena di buat selalu sebagai latihan memori.

Selamat mencuba..!

Sekian


Wednesday, December 21, 2011

Chapter 9 : What's Your Favourite Cartoon Character?

Salam

Fuh sejuk betul pagi ni. Aku gerak dari rumah pagi tadi nak ke ofis, suasana mendung, sejuk, dan hujan renyai-renyai sikit. But don’t worry, aku Selamat sampai dengan jayanya ke ofis.

So kali ni aku nak berkongsi sedikit cerita. Aku tau korang semua mesti pernah dan selalu menonton kartun masa kecik-kecik dulu kan? Haa, aku juga sangat suka tengok cerita kartun. Teringat dulu siap sampai ponteng sekolah petang sebab nak tengok cerita Flashman, Gaban, Dash Yankurou, Suria Baja Hitam  dan banyak lagi cerita yang aku dah lupa namanya Hehehe..

Actually, sampai sekarang aku masih minat kartun. Kadang-kadang adik aku kat rumah tu bukak tengok cerita kartun, aku pun join sekalai layan sama. Hahahaha. Dan ini adalah feveret karekter kartun yang aku minat all-time ever.




Batman
“You wanted me, here I am..”



Wolverine
"I'm gonna cut your goddamned head off! See if this works!!"



Optimus Prime
"Autobots! Roll Out!"



Liono
"Thunder! Thunder! Thunder! Thundercats! Hoooo.."



Donald Duck
"What goes on here?"



Patrick Star
"You mean what we thought they thought we think and thought they thought. We think?"


Po
"There is no charge for awesomeness..or attractiveness."



Tin Tin
"We've got good and bad news. The bad news is, we've only got one bullet. the good news is we've got one bullet!"





Scooby Doo
"Warf! warf warf! hehehehehehe..."


And the most feveret karekter kartun yang paling aku minati sepanjang hayat ini adalah..Jeng Jeng Jeng..!!!




 Shrek
"I'm not here to eat him!"

Hahaha..that is all for this entry from now. Maybe i would put some other character which i've lost it from my memories in the future entry. So, apa feveret karekter kartun korang pulak..meh sini kongsi..hehe


Sekian