Salam
Apa ertinya tudung kepada kaum hawa jika si pamakainya tetap tidak dapat menutuo aurat dengan sempurna? Apakah fungsi tudung di zaman in kepada semua wanita? Adakah ianya nampak lebih hebat di dalam fesyen berbanding dengan penjagaan aurat itu sendiri? Mana yang lebih penting? Adakah konsep bertudung itu hanya sekadar memenuhi syarat sebagai wanita Islam? Apakah mereka sendiri tidak tau apakah ertinya aurat itu sendiri?
Jika seorang wanita yang bertudung, menyempurnakan penjagaan aurat, itu adalah perkara yang wajib bagi semua perempuan yang beragama Islam. Menutup aurat dapat mencegah pelbagai perkara yang buruk. Pasti ada kebenaran jika di dalam Islam itu sendiri menyeru agar lelaki dan perempuan yang beragama Islam supaya menutup aurat.
Terlalu banyak konsep pertudungan yang di reka pada masa kini. Namun adakah ianya sesuai untuk di jadi kan konsep menutup aurat? Tidak salah berfesyen, malah di dalam Islam juga menyuruh agar umatnya berpakaian bersih dan cantik. Tetapi, kita tidak seharusnya lupa akan garis panduan serta larangan dalam berfesyen. Sudah menjadi tanggungjawab seorang muslimah mengutamakan tuntutan agama terlebih dahulu mendahului segala-galanya yang lain. Apatah lagi kehendak nafsu diri yang memang agak sukar untuk di kekang.
Adakah dikira sempurna penjagaan aurat itu jika ianya masih boleh membuatkan syahwat sang lelaki membuak-buak apabila melihat? Adakah zina itu sebenarnya datang dari lelaki? Dan perempuan langsung tidak bertanggungjawab didalam hal ini?
Baru-baru ni aku banyak melayari dan melihat vlog para gadis-gadis mengenai cara pemakaian tudung. Dan aku hairan, kenapa mereka perlu bersusah payah membelit dan membalut kepala mereka jika hasilnya tetap tidak dpat menjaga aurat dengan sempurna. Adakah segala tutorial itu berdasarakn konsep ikhlas kerana Allah? Ingin membaiki pemikiran perempuan supaya bertudung dengan betul? Ada banyak yang aku lihat, semuanya lebih mengutamakan fesyen itu sendiri dari mengutamakan peraturan penjagaan aurat.
Tidak salah untuk menghias diri. Tetapi perlu juga melihat kepada niat dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika seorang isteri berhias diri untuk suaminya, itu adalah perkara yang di galakkan di dalam Islam. Namun jika seorang gadis berhias diri semata-mata kerana ingin di lihat cantik di pandangan mata masyarakat yang tiada talian darah dan bukan mahram nya, itu adalah haram. Ianya juga boleh mengundang kepada perkara yang tidak baik. Apakah wanita suka diri mereka di rogol?
Marilah kita kembali ke jalan yang lurus dan perbetulkan semula niat. Fikir-fikirkanlah..
Sekian
No comments:
Post a Comment