Tuesday, July 31, 2012

Chapter 22 : Peperangan Paling Unik

Dalam beberapa minggu yang lalu, aku ada menyertai satu tournament  yang di anjurkan di sekitar ibu kota. Chess!! Ya, game yang paling aku minati. Memerah keringat otak dan daya imaginatif yang kreatif dalam membentuk seni permainan yang cantik dan jitu. Tournament itu di buka untuk peserta dari seluruh pelusuk Malaysia. Peluang seperti ini memang membuka peluang kepada para berbakat dalam dunia seni percaturan untuk tampil dan menunjukkan bakat dan kehebatan dalam peperangan minda.

Aku dan team join tournament tersebut sebenarnya di atas tiket company tempat aku bekerja. So, company aku ada menghantar 5 team sebagai wakil untuk mencabar kejuaraan pertandingan itu yang mana wakilnya masing-masing amat hebat-hebat belaka. Aku rasa aku lah pemain yang paling lemah sekali..hahaha..

Oh ya, tournament itu diadakan pada 14 dan 15 Julai yang lepas. Bertempat di Cititel Express. Area-area KL juga sebenarnya. So, tidak lah terasa susah untuk aku ke sana memandangkan aku sendiri memang duduk berdekatan. Yang menjadi masalah hanya lah tempat untuk parking je. Memang masalah. Hmmm..

So, dalam tournament itu aku berpeluang untuk menyaksikan beberapa pemain bertaraf Negara beraksi. Memang teruja beb. Banyak movement set yang pelik-pelik aku tengok. Mengingat kan diri sendiri bahawa masih terlalu jauh lagi perjalanan dalam dunia seni catur ini. Adehh..

Tournament itu dimenangi oleh Team Apocalypse dari Manila,Filipina. Team ini sememangnya seperti memliki fotress yang amat kebal untuk di runtuhkan, serta mempunyai pahlawan-pahlawan satria yang amat cekap di medan peperangan.

Pemain terbaik dalam tournament itu di menangi oleh FM Pitra Andika (2327) dengan keputusan memenangi kesemua lapan peperangan.  Diikuti dengan IM Nolte Rolando (2453). Kedua mereka mempunyai tahap permainan yang berbeza dan berda dalam kelas tersediri.

Insyaallah kalau ada peluang lagi nanti aku akan terus menambah kan ilmu hingga menjadi sehebat mereka pada satu hari nanti. =)









Monday, July 30, 2012

Chapter 21 : What ta..


Pernah sekali satu masa sebelum puasa aku, Mr Mumble dan Tuz jalan meronda satu kawasan Ampang mencari tempat makan malam yang best. Namun hasilnya kami ke McD juga akhirnya selepas berjam2 membincangkannya di dalam kereta. McD di gas stesen Petronas yang terletak berhampiran dengan Galaxy Mall tempat kami selalu menonton wayang. Ianya juga baru dibuka, so mungkin sebab itulah yang menjadikan alasan kami kukuh untuk bersetuju mencuba makanan di situ yang sudah pasti masing-masing sudah pun tahu bahawa rasa makanannya sama je walau di cawangan mana pun. Psssstt..

So, malam tu customer tak berapa nak ramai makan di situ, jadi mudahlah bagi kami untuk berbaris di barisan memesan makanannya yang pendek. Mr Mumble berbaris dihadapan aku sambil mata kami manatap di menu board yang letaknya di atas kepala staff yang begitu setia menjaga kaunter. Aku, Mumble dan Tuz sudahpun mempunyai pilihan hati masing-masing setelah terpikat dan tergoda dengan keanggunan dan kejelitaan dari hasil tatapan kami selama seminit setengah pada menu yang di paparkan di dalam menu board tersebut.

Tiba giliran Mr Mumble membuat pesanan makanan. Staff kaunter yang melayan kami adalah seorang staff perempuan yang kelihatannya seperti baru sahaja menamatkan sesi persekolahan, sambil menunggu keputusan SPM, mengambil peluang untuk bekerja dan menimba ilmu dalam bidang perniagaan..perhaps.. So, Mr Mumble membuat pesanan makanan.

Mr Mumble : Saya mau set double cheese burger ye..

Kaunter : Encik nak yang regular ke large?

Mr Mumble : Owh, saya mau yang large..

So, dia mula menyadiakan set makanan yang di pesan.  Menggunakan segala kecekapan yang ada, semua pakej makanan yang di set kan didalam satu hidangan yang enak telah tersedia dengan baik sekali. Dengan set yang makanan masih berbaki segelas air berkabornat, dia mula bertanay sekali lagi kepada pelanggan di hadapannya, Mr Mumble.

Kaunter : Jadi encik, air untuk set ni encik mau air apa?

Mr Mumble : Owh, saya mau Pepsi.

Kaunter : Regular or large?

Mr Mumble : Emm? Large..

Staff itu terdiam sebentar, memandang ke bawah meja kuanter seperti berfikir sesuatu dengan pantas sebelum sambung semula kepada dialog antara dia dan Mr mumble. Aku di belakang Mr Mumble memerhatikan

Kaunter : Err..bahaya lah encik kalau order large..

Mr Mumble : ???? emm?? Kenapa?

Kaunter : Air ni manis encik.

Mr Mumble : Emm? manis? Ada ke air Pepsi tawar?

Kaunter : Bukan, maksud saya, air ni manis, encik pesan Large, so banyak la air manis encik minum. Nanti encik bole mengidap darah tinggi. Bahaya encik.

Mr Mumble : Emm??

Mr Mumble terkesima sebentar. Aku juga ada terdengar dan bingung dengan apa yang di katakannya. Sel-sel otak aku bekerja keras untuk mengaitkan kata-katanya sebentar tadi,namun tidak berhasil untuk berjumpa dengan solusinya.

Mr Mumble : Darah tinggi?

Kaunter : ya encik, darah tinggi..makan dan minum benda-benda manis banyak-banyak akan mendatangkan darah tinggi. (menjawab dengan penuh keyakinan dan muka yang berwibawa)

Manis? Darah tinggi? What de mak!!! Melihatkan kejanggalan didalam keadaan seperti itu, aku mencelah.

Aku : err, darah tinggi ke atau kencing manis?

Kaunter : (blur)…..haaa, kencing manis..silap2..haha (gelak sorang2 di kala tersipu dengan kesilapan fakta yang diberikan)

Mr Mumbel : (-____________-'')………!!!!!!!!!!!! aku nk large!!!!!!

Friday, April 6, 2012

Chapter 20 : Teddy is cute


Finally vlog aku yang seterusnya di terbitkan.

Tuesday, March 13, 2012

Chapter 19 : Menawan Si tertawan

Pendakian di Bukit Lepoh bermula sejak sebulan yang lalu. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam lamanya tidak mematahkan semangat kami yang ingin mengenali alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa dengan lebih jujur dan dekat. Log pendakian puncak di mulakan pada seawal jam 9 pagi.

Ekspidisi kami seramai 4 orang di ketuai oleh Muz, seorang guider yang berpengalaman dalam projek pendakian kali ini. di ikuti oleh Bez, Lolz dan aku sendiri. Buat pengetahuan semua, aku langsung tak pernah mendaki bukit Lepoh ni. Di atas saranan dan promotion yang gigih di lakukan oleh Muz, maka aku dan beberapa rakan yang lain mula tertarik dengan jemputan alam flora dan fauna yang tersimpan cermat jauh ke hati hutan belantara yang sejajar dengan banjaran Titiwangsa.

Semua pendaki akan ditenggelami sepenuhnya ke dalam hutan tebal jauh dari bunyi bising hiruk pikuk bandar yang seringkali mengacau ketenteraman telinga si empunya diri. Namun penat lelah pendakian akan terus menerusuk ke dasar kotak lupa sebaik sahaja suara panggilan air terjun yang tinggi dan bertingkat kedengaran. Perasaan semakin girang mula menular menutup rasa penat yang hampir mencengkam diri masing-masing.

Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi ketika kami menjejakkan kaki ke puncak. Pemandangan yang tidak mampu di kecapi di tengah kota terhidang di depan mata kami. Puncak air terjun Lepah yang begitu cantik dan menawan. Kami settledown dahulu sebelum menyentuh aliran air bukit yang begitu sejuk dan menyegarkan. 

Dari kiri : Bez , Lolz dan Muz


 Muz sedang mengingati jalan

 Kejernihan air di puncak Lepoh

 Aku menyembunyikan wajah

Air nya memang sejuk seperti ais


Wednesday, March 7, 2012

Chapter 18 : Tsunami atas darat

Salam

Semalam hujan lebat. Banyak jalan di tutup kerana air banjir mula naik. Hujan sejak petang semalam membawa ke tengah malam semalam. Penduduk kampung aku dan kawasan sekeliling khuatir tentang perkara yang tidak di ingini berlaku. namun, banjir telah melanda semalam.  Sudah memang tercatat di dalam sejarah banjir yang dahsyat pernah melanda kawasan tempat tinggal aku 15 ke 20 tahun yang lepas, namun semalam perkara yang menjadi ketakutan penduduk menghantui kembali semuanya.

Aku juga terjejas dalam perjalanan nak balik ke rumah. Walaupun office aku tidak berapa jauh dari rumah, ianya tetap menjejaskan segala akitiviti yang telah di rancang sebelumnya. Ketika hujan semakin lebat, kotak pemikiran aku terus memprocess gambar-gambar yang memaparkan kedahsyatan banjir mungkin melanda rumah aku. Hati aku ingin cepat pulang ke rumah. Dengan itu, aku terus je redah hujan yang lebat. memang sungguh adventure aku semalam. Sepanjang jalan aku boleh lihat banjir di serata tempat. Bukan sekadar takungan air yang biasa ketika hujan, tetapi sejumlah air yang dapat mematahkan walaupun perjalan sebuah lori treler. Aku basah lenjun. Jalan nak masuk ke kawasan rumah aku pun polis tutup. Terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh.

Sebaik aku sampi di rumah, Mr Mumble call aku. Berhajat nak tengok banjir katanya. Aku pun explain yang aku baru je lepas meredah banjir seperti epic pengembaraan yang hebat. Rupanya kawasan rumah Tuz mengalami keadaan banjir yang amat teruk. Separuh penduduk dikawasannya terpaksa dipindahkan. dan kebanyakkan mereka telah tinggal sehelai sepinggang. Akibat daripada kehilangan harta benda yang hanyut di bawa arus.






Muangkin ada hikmak di sebalik segala kejadian yang berlaku. Allah Maha Berkuasa. Tiada sesiapa pun yang mampu melawan kehendak dan kuasanya. Subahanallah..

Fikir-fikirkan lah....

Sekian

Tuesday, March 6, 2012

Chapter 17 : Tristam - Diablo


Aku tak tahu kenapa lagu yang berhantu ini sungguh-sungguh menghantui zaman childhood aku dulu.Setiap kali mendengarnya pasti akan teringat dan terpapar segala kisah dan perkara yang berlaku hampir 15 tahun dahulu, seolah-olah ianya baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. This is really true music art..!

Monday, March 5, 2012

Chapter 16 : Picture Your Own future

Salam
Apa akan jadi jika sekiranya kita sudah mengetahui apa yang akan terjadi pada diri kita pada masa hadapan? Dimanakah letaknya keseronokkan untuk kita meneka sesuatu yang kita tidak pasti nanti? Bagaimana dengan cita-cita dan impian yang kita di tanamkan sejak dari kecil? Apakha sebenarnya musibah yang akan terjadi kepada kita jika perkara-perkara seperti ini terjadi kepada umat manusia? Adakah Islam mengharamkan perbuatan menilik nasib itu dengan tiada sebab?  Sudah tentu tidak.


Bolehkah hangpa bayangkan jika anda didatangi diri hangpa sendiri dari masa hadapan dan menceritakan segala baik dan buruk kehidupan yang diri hangpa dari masa hadapan lalui? Nescaya perasaan seronok dan ingin tahu akan berubah wajah menjadi lebih datar dan mudah di jangka.

Misalnya, jika kita sendiri sudah tahu tarikh kita akan mati, aku  percaya bahawa sudah tentu umat manusia akan bertungkus lumus beribadat, sudah tidak pedulikan hal tentang dunia, meninggalkan keluarga, kehilangan keharmonian sahabat dan jiran tetnagga, dan hidup didalam ketakutan serta tidak gembira dengan apa yang bakal mendatang. Hilanglah rasa kesyukuran untuk menikmati nikmat ciptaan Allah di atas muka bumi ini yang terbentang luas menanti. Hilang lah segala wawasan, dan juga sesuatu yang penting dalam perkara membangun kan taraf ketamadunan manusia sejagat yang di panggil, cita-cita.

Apabila kita sudah tahu bahawa pada masa hadapan kita akan menjadi kaya, apakah kita akan terus berusaha untuk mencari rezeki Allah? Apakah kita akan terus menyahut seruan Rasulullah SAW supaya mencari rezeki seolah-olah kita akan hidup selama seribu tahun lagi? Aku percaya perkara ini tidak terjadi. Namun kita akan bertambah lalai dan leka serta sudah tidak akan  menghiraukan apa yang sedang berlaku pada keadaan diri dan sekeliling. Kerana perasaan ingin tahu sudah tidak wujud apabila perkara itu sudah pun digenggam sejak awal lagi.

Cuba bayangkan,sebagai contoh, andainya kita diberitahu bahawa bulan depan kita yang sedang gigih bekerja, tidak akan mendapat gaji bulanan dari firma tempat kita bekerja, sudah tentu hilangnya rasa motivasi dan semangat untuk kita teruskan perjuangan bekerja, betul? dan sudah tentu kita juga akan turut rasa gembira jika kita di hadiah kan ganjaran RM 1 Juta sebagai ganti kepada gaji bulanan kita, dengan ini juga mungkin sesetengah daripada akan mula lalai dari tanggung jawab sebenar sebagai pekerja.


Begitu lah jua jika kita tahu yang kita akan hidup merempat pada masa akan datang. Sudah tetnu kita akan memerah segala kudrat bagi mengelakkan dari perkara itu berlaku, atau mungkin kita juga akan hilang semangat untuk terus hidup dan berhenti dari mencari rezeki yang halal. Apatah lagi jika kita tahu yang kita akan sakit tenat, tiada harapan pulih dan hanya menanti maut, soal jodoh, soal rezeki dan bermacam-macam lagi.


Allah Maha Adil. Itu lah sebab nya kita sebagai umat Islam dilarang sekeras-kerasnya untuk menilik nasib. Kerana itu akan menjadi tidak adil kepada kita sendiri. Percayalah, nescaya Allah itu tuhan yg Maha Mengetahui. Dia Maha tahu apa yang lebih baik untuk hamba-hambanya. Dan  Islam juga tidak meletak kan sesuatu hukum itu tnapa sebab. Segala yang terjadi mempunyai hikmah dan sesuatu yang mungkin sukar untuk kita fahami jika tiada ilmu yang bermanfaat di dalam diri.


Mungkin kerana itu juga Prof Albert Einstein mati ketika beliau sedang didalam projek membina mesin masa  dahulu. dengan itu, perkara mengenai masa hadapan masih selamat dan menjadi rahsia tanda tanya kepada kita semua sampai lah Allah membenarkannya. Subahanallah.



Jadi sama-samalah kita berkongsi dan fikir-fikirkan lah.






Sekian