Pernah sekali satu masa sebelum
puasa aku, Mr Mumble dan Tuz jalan meronda satu kawasan Ampang mencari
tempat makan malam yang best. Namun hasilnya kami ke McD juga akhirnya selepas
berjam2 membincangkannya di dalam kereta. McD di gas stesen Petronas yang
terletak berhampiran dengan Galaxy Mall tempat kami selalu menonton wayang. Ianya
juga baru dibuka, so mungkin sebab itulah yang menjadikan alasan kami kukuh
untuk bersetuju mencuba makanan di situ yang sudah pasti masing-masing sudah
pun tahu bahawa rasa makanannya sama je walau di cawangan mana pun. Psssstt..
So, malam tu customer tak berapa
nak ramai makan di situ, jadi mudahlah bagi kami untuk berbaris di barisan
memesan makanannya yang pendek. Mr Mumble berbaris dihadapan aku sambil mata kami
manatap di menu board yang letaknya di atas kepala staff yang begitu setia
menjaga kaunter. Aku, Mumble dan Tuz sudahpun mempunyai pilihan hati masing-masing
setelah terpikat dan tergoda dengan keanggunan dan kejelitaan dari hasil
tatapan kami selama seminit setengah pada menu yang di paparkan di dalam menu
board tersebut.
Tiba giliran Mr Mumble membuat
pesanan makanan. Staff kaunter yang melayan kami adalah seorang staff perempuan
yang kelihatannya seperti baru sahaja menamatkan sesi persekolahan, sambil menunggu
keputusan SPM, mengambil peluang untuk bekerja dan menimba ilmu dalam bidang
perniagaan..perhaps.. So, Mr Mumble membuat pesanan makanan.
Mr Mumble : Saya mau set double
cheese burger ye..
Kaunter : Encik nak yang regular
ke large?
Mr Mumble : Owh, saya mau yang large..
So, dia mula menyadiakan set
makanan yang di pesan. Menggunakan segala
kecekapan yang ada, semua pakej makanan yang di set kan didalam satu hidangan
yang enak telah tersedia dengan baik sekali. Dengan set yang makanan masih
berbaki segelas air berkabornat, dia mula bertanay sekali lagi kepada pelanggan
di hadapannya, Mr Mumble.
Kaunter : Jadi encik, air untuk
set ni encik mau air apa?
Mr Mumble : Owh, saya mau Pepsi.
Kaunter : Regular or large?
Mr Mumble : Emm? Large..
Staff itu terdiam sebentar,
memandang ke bawah meja kuanter seperti berfikir sesuatu dengan pantas sebelum
sambung semula kepada dialog antara dia dan Mr mumble. Aku di belakang Mr
Mumble memerhatikan
Kaunter : Err..bahaya lah encik
kalau order large..
Mr Mumble : ???? emm?? Kenapa?
Kaunter : Air ni manis encik.
Mr Mumble : Emm? manis? Ada ke
air Pepsi tawar?
Kaunter : Bukan, maksud saya, air
ni manis, encik pesan Large, so banyak la air manis encik minum. Nanti encik
bole mengidap darah tinggi. Bahaya encik.
Mr Mumble : Emm??
Mr Mumble terkesima sebentar. Aku
juga ada terdengar dan bingung dengan apa yang di katakannya. Sel-sel otak aku
bekerja keras untuk mengaitkan kata-katanya sebentar tadi,namun tidak berhasil
untuk berjumpa dengan solusinya.
Mr Mumble : Darah tinggi?
Kaunter : ya encik, darah
tinggi..makan dan minum benda-benda manis banyak-banyak akan mendatangkan darah
tinggi. (menjawab dengan penuh keyakinan dan muka yang berwibawa)
Manis? Darah tinggi? What de
mak!!! Melihatkan kejanggalan didalam keadaan seperti itu, aku mencelah.
Aku : err, darah tinggi ke atau
kencing manis?
Kaunter : (blur)…..haaa, kencing
manis..silap2..haha (gelak sorang2 di kala tersipu dengan kesilapan fakta yang
diberikan)
Mr Mumbel : (-____________-'')………!!!!!!!!!!!! aku
nk large!!!!!!
No comments:
Post a Comment