Salam
Apa akan jadi jika sekiranya kita sudah mengetahui apa yang akan terjadi pada diri kita pada masa hadapan? Dimanakah letaknya keseronokkan untuk kita meneka sesuatu yang kita tidak pasti nanti? Bagaimana dengan cita-cita dan impian yang kita di tanamkan sejak dari kecil? Apakha sebenarnya musibah yang akan terjadi kepada kita jika perkara-perkara seperti ini terjadi kepada umat manusia? Adakah Islam mengharamkan perbuatan menilik nasib itu dengan tiada sebab? Sudah tentu tidak.
Bolehkah hangpa bayangkan jika anda didatangi diri hangpa sendiri dari masa hadapan dan menceritakan segala baik dan buruk kehidupan yang diri hangpa dari masa hadapan lalui? Nescaya perasaan seronok dan ingin tahu akan berubah wajah menjadi lebih datar dan mudah di jangka.
Misalnya, jika kita sendiri sudah tahu tarikh kita akan mati, aku percaya bahawa sudah tentu umat manusia akan bertungkus lumus beribadat, sudah tidak pedulikan hal tentang dunia, meninggalkan keluarga, kehilangan keharmonian sahabat dan jiran tetnagga, dan hidup didalam ketakutan serta tidak gembira dengan apa yang bakal mendatang. Hilanglah rasa kesyukuran untuk menikmati nikmat ciptaan Allah di atas muka bumi ini yang terbentang luas menanti. Hilang lah segala wawasan, dan juga sesuatu yang penting dalam perkara membangun kan taraf ketamadunan manusia sejagat yang di panggil, cita-cita.
Apabila kita sudah tahu bahawa pada masa hadapan kita akan menjadi kaya, apakah kita akan terus berusaha untuk mencari rezeki Allah? Apakah kita akan terus menyahut seruan Rasulullah SAW supaya mencari rezeki seolah-olah kita akan hidup selama seribu tahun lagi? Aku percaya perkara ini tidak terjadi. Namun kita akan bertambah lalai dan leka serta sudah tidak akan menghiraukan apa yang sedang berlaku pada keadaan diri dan sekeliling. Kerana perasaan ingin tahu sudah tidak wujud apabila perkara itu sudah pun digenggam sejak awal lagi.
Cuba bayangkan,sebagai contoh, andainya kita diberitahu bahawa bulan depan kita yang sedang gigih bekerja, tidak akan mendapat gaji bulanan dari firma tempat kita bekerja, sudah tentu hilangnya rasa motivasi dan semangat untuk kita teruskan perjuangan bekerja, betul? dan sudah tentu kita juga akan turut rasa gembira jika kita di hadiah kan ganjaran RM 1 Juta sebagai ganti kepada gaji bulanan kita, dengan ini juga mungkin sesetengah daripada akan mula lalai dari tanggung jawab sebenar sebagai pekerja.
Begitu lah jua jika kita tahu yang kita akan hidup merempat pada masa akan datang. Sudah tetnu kita akan memerah segala kudrat bagi mengelakkan dari perkara itu berlaku, atau mungkin kita juga akan hilang semangat untuk terus hidup dan berhenti dari mencari rezeki yang halal. Apatah lagi jika kita tahu yang kita akan sakit tenat, tiada harapan pulih dan hanya menanti maut, soal jodoh, soal rezeki dan bermacam-macam lagi.
Allah Maha Adil. Itu lah sebab nya kita sebagai umat Islam dilarang sekeras-kerasnya untuk menilik nasib. Kerana itu akan menjadi tidak adil kepada kita sendiri. Percayalah, nescaya Allah itu tuhan yg Maha Mengetahui. Dia Maha tahu apa yang lebih baik untuk hamba-hambanya. Dan Islam juga tidak meletak kan sesuatu hukum itu tnapa sebab. Segala yang terjadi mempunyai hikmah dan sesuatu yang mungkin sukar untuk kita fahami jika tiada ilmu yang bermanfaat di dalam diri.
Mungkin kerana itu juga Prof Albert Einstein mati ketika beliau sedang didalam projek membina mesin masa dahulu. dengan itu, perkara mengenai masa hadapan masih selamat dan menjadi rahsia tanda tanya kepada kita semua sampai lah Allah membenarkannya. Subahanallah.
Mungkin kerana itu juga Prof Albert Einstein mati ketika beliau sedang didalam projek membina mesin masa dahulu. dengan itu, perkara mengenai masa hadapan masih selamat dan menjadi rahsia tanda tanya kepada kita semua sampai lah Allah membenarkannya. Subahanallah.
Sekian
No comments:
Post a Comment