Tuesday, March 13, 2012

Chapter 19 : Menawan Si tertawan

Pendakian di Bukit Lepoh bermula sejak sebulan yang lalu. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam lamanya tidak mematahkan semangat kami yang ingin mengenali alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa dengan lebih jujur dan dekat. Log pendakian puncak di mulakan pada seawal jam 9 pagi.

Ekspidisi kami seramai 4 orang di ketuai oleh Muz, seorang guider yang berpengalaman dalam projek pendakian kali ini. di ikuti oleh Bez, Lolz dan aku sendiri. Buat pengetahuan semua, aku langsung tak pernah mendaki bukit Lepoh ni. Di atas saranan dan promotion yang gigih di lakukan oleh Muz, maka aku dan beberapa rakan yang lain mula tertarik dengan jemputan alam flora dan fauna yang tersimpan cermat jauh ke hati hutan belantara yang sejajar dengan banjaran Titiwangsa.

Semua pendaki akan ditenggelami sepenuhnya ke dalam hutan tebal jauh dari bunyi bising hiruk pikuk bandar yang seringkali mengacau ketenteraman telinga si empunya diri. Namun penat lelah pendakian akan terus menerusuk ke dasar kotak lupa sebaik sahaja suara panggilan air terjun yang tinggi dan bertingkat kedengaran. Perasaan semakin girang mula menular menutup rasa penat yang hampir mencengkam diri masing-masing.

Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi ketika kami menjejakkan kaki ke puncak. Pemandangan yang tidak mampu di kecapi di tengah kota terhidang di depan mata kami. Puncak air terjun Lepah yang begitu cantik dan menawan. Kami settledown dahulu sebelum menyentuh aliran air bukit yang begitu sejuk dan menyegarkan. 

Dari kiri : Bez , Lolz dan Muz


 Muz sedang mengingati jalan

 Kejernihan air di puncak Lepoh

 Aku menyembunyikan wajah

Air nya memang sejuk seperti ais


Wednesday, March 7, 2012

Chapter 18 : Tsunami atas darat

Salam

Semalam hujan lebat. Banyak jalan di tutup kerana air banjir mula naik. Hujan sejak petang semalam membawa ke tengah malam semalam. Penduduk kampung aku dan kawasan sekeliling khuatir tentang perkara yang tidak di ingini berlaku. namun, banjir telah melanda semalam.  Sudah memang tercatat di dalam sejarah banjir yang dahsyat pernah melanda kawasan tempat tinggal aku 15 ke 20 tahun yang lepas, namun semalam perkara yang menjadi ketakutan penduduk menghantui kembali semuanya.

Aku juga terjejas dalam perjalanan nak balik ke rumah. Walaupun office aku tidak berapa jauh dari rumah, ianya tetap menjejaskan segala akitiviti yang telah di rancang sebelumnya. Ketika hujan semakin lebat, kotak pemikiran aku terus memprocess gambar-gambar yang memaparkan kedahsyatan banjir mungkin melanda rumah aku. Hati aku ingin cepat pulang ke rumah. Dengan itu, aku terus je redah hujan yang lebat. memang sungguh adventure aku semalam. Sepanjang jalan aku boleh lihat banjir di serata tempat. Bukan sekadar takungan air yang biasa ketika hujan, tetapi sejumlah air yang dapat mematahkan walaupun perjalan sebuah lori treler. Aku basah lenjun. Jalan nak masuk ke kawasan rumah aku pun polis tutup. Terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh.

Sebaik aku sampi di rumah, Mr Mumble call aku. Berhajat nak tengok banjir katanya. Aku pun explain yang aku baru je lepas meredah banjir seperti epic pengembaraan yang hebat. Rupanya kawasan rumah Tuz mengalami keadaan banjir yang amat teruk. Separuh penduduk dikawasannya terpaksa dipindahkan. dan kebanyakkan mereka telah tinggal sehelai sepinggang. Akibat daripada kehilangan harta benda yang hanyut di bawa arus.






Muangkin ada hikmak di sebalik segala kejadian yang berlaku. Allah Maha Berkuasa. Tiada sesiapa pun yang mampu melawan kehendak dan kuasanya. Subahanallah..

Fikir-fikirkan lah....

Sekian

Tuesday, March 6, 2012

Chapter 17 : Tristam - Diablo


Aku tak tahu kenapa lagu yang berhantu ini sungguh-sungguh menghantui zaman childhood aku dulu.Setiap kali mendengarnya pasti akan teringat dan terpapar segala kisah dan perkara yang berlaku hampir 15 tahun dahulu, seolah-olah ianya baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. This is really true music art..!

Monday, March 5, 2012

Chapter 16 : Picture Your Own future

Salam
Apa akan jadi jika sekiranya kita sudah mengetahui apa yang akan terjadi pada diri kita pada masa hadapan? Dimanakah letaknya keseronokkan untuk kita meneka sesuatu yang kita tidak pasti nanti? Bagaimana dengan cita-cita dan impian yang kita di tanamkan sejak dari kecil? Apakha sebenarnya musibah yang akan terjadi kepada kita jika perkara-perkara seperti ini terjadi kepada umat manusia? Adakah Islam mengharamkan perbuatan menilik nasib itu dengan tiada sebab?  Sudah tentu tidak.


Bolehkah hangpa bayangkan jika anda didatangi diri hangpa sendiri dari masa hadapan dan menceritakan segala baik dan buruk kehidupan yang diri hangpa dari masa hadapan lalui? Nescaya perasaan seronok dan ingin tahu akan berubah wajah menjadi lebih datar dan mudah di jangka.

Misalnya, jika kita sendiri sudah tahu tarikh kita akan mati, aku  percaya bahawa sudah tentu umat manusia akan bertungkus lumus beribadat, sudah tidak pedulikan hal tentang dunia, meninggalkan keluarga, kehilangan keharmonian sahabat dan jiran tetnagga, dan hidup didalam ketakutan serta tidak gembira dengan apa yang bakal mendatang. Hilanglah rasa kesyukuran untuk menikmati nikmat ciptaan Allah di atas muka bumi ini yang terbentang luas menanti. Hilang lah segala wawasan, dan juga sesuatu yang penting dalam perkara membangun kan taraf ketamadunan manusia sejagat yang di panggil, cita-cita.

Apabila kita sudah tahu bahawa pada masa hadapan kita akan menjadi kaya, apakah kita akan terus berusaha untuk mencari rezeki Allah? Apakah kita akan terus menyahut seruan Rasulullah SAW supaya mencari rezeki seolah-olah kita akan hidup selama seribu tahun lagi? Aku percaya perkara ini tidak terjadi. Namun kita akan bertambah lalai dan leka serta sudah tidak akan  menghiraukan apa yang sedang berlaku pada keadaan diri dan sekeliling. Kerana perasaan ingin tahu sudah tidak wujud apabila perkara itu sudah pun digenggam sejak awal lagi.

Cuba bayangkan,sebagai contoh, andainya kita diberitahu bahawa bulan depan kita yang sedang gigih bekerja, tidak akan mendapat gaji bulanan dari firma tempat kita bekerja, sudah tentu hilangnya rasa motivasi dan semangat untuk kita teruskan perjuangan bekerja, betul? dan sudah tentu kita juga akan turut rasa gembira jika kita di hadiah kan ganjaran RM 1 Juta sebagai ganti kepada gaji bulanan kita, dengan ini juga mungkin sesetengah daripada akan mula lalai dari tanggung jawab sebenar sebagai pekerja.


Begitu lah jua jika kita tahu yang kita akan hidup merempat pada masa akan datang. Sudah tetnu kita akan memerah segala kudrat bagi mengelakkan dari perkara itu berlaku, atau mungkin kita juga akan hilang semangat untuk terus hidup dan berhenti dari mencari rezeki yang halal. Apatah lagi jika kita tahu yang kita akan sakit tenat, tiada harapan pulih dan hanya menanti maut, soal jodoh, soal rezeki dan bermacam-macam lagi.


Allah Maha Adil. Itu lah sebab nya kita sebagai umat Islam dilarang sekeras-kerasnya untuk menilik nasib. Kerana itu akan menjadi tidak adil kepada kita sendiri. Percayalah, nescaya Allah itu tuhan yg Maha Mengetahui. Dia Maha tahu apa yang lebih baik untuk hamba-hambanya. Dan  Islam juga tidak meletak kan sesuatu hukum itu tnapa sebab. Segala yang terjadi mempunyai hikmah dan sesuatu yang mungkin sukar untuk kita fahami jika tiada ilmu yang bermanfaat di dalam diri.


Mungkin kerana itu juga Prof Albert Einstein mati ketika beliau sedang didalam projek membina mesin masa  dahulu. dengan itu, perkara mengenai masa hadapan masih selamat dan menjadi rahsia tanda tanya kepada kita semua sampai lah Allah membenarkannya. Subahanallah.



Jadi sama-samalah kita berkongsi dan fikir-fikirkan lah.






Sekian

Tuesday, February 7, 2012

Chapter 15 : Mari Bersangka Baik

Salam



Sila terapkan di dalam hati hangpa semua bahawa, rezeki semuanya datang dari Allah. Jadi, jangan lah kita malu dan segan untuk meminta-minta kepada NYA. Jauh kan diri dari bersikap pesimis. Kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa, malah mempunyai potensi sebagai medium penyumbang kepada dosa-dosa besar.

Kongsi dan fikir-fikirkan lah..

Sekian

Friday, February 3, 2012

Chapter 14 : Tudung - Fesyen or Hijab

Salam
Apa ertinya tudung kepada kaum hawa jika si pamakainya tetap tidak dapat menutuo aurat dengan sempurna?  Apakah fungsi tudung di zaman in kepada semua wanita? Adakah ianya nampak lebih hebat di dalam fesyen berbanding dengan penjagaan aurat itu sendiri? Mana yang lebih penting? Adakah konsep bertudung itu hanya sekadar memenuhi syarat sebagai wanita Islam? Apakah mereka sendiri tidak tau apakah ertinya aurat itu sendiri?

Jika seorang wanita yang bertudung, menyempurnakan penjagaan aurat, itu adalah perkara yang wajib bagi semua perempuan yang beragama Islam. Menutup aurat dapat mencegah pelbagai perkara yang buruk. Pasti ada kebenaran jika di dalam Islam itu sendiri menyeru agar lelaki dan perempuan yang beragama Islam supaya menutup aurat.

Terlalu banyak konsep pertudungan yang di reka pada masa kini. Namun adakah ianya sesuai untuk di jadi kan konsep menutup aurat? Tidak salah berfesyen, malah di dalam Islam juga menyuruh agar umatnya berpakaian bersih dan cantik. Tetapi, kita tidak seharusnya lupa akan garis panduan serta larangan dalam berfesyen. Sudah menjadi tanggungjawab seorang muslimah mengutamakan tuntutan agama terlebih dahulu mendahului segala-galanya yang lain. Apatah lagi kehendak nafsu diri yang memang agak sukar untuk di kekang.

Adakah dikira sempurna penjagaan aurat itu jika ianya masih boleh membuatkan syahwat sang lelaki membuak-buak apabila melihat? Adakah zina itu sebenarnya datang dari lelaki? Dan perempuan langsung tidak bertanggungjawab didalam hal ini?

Baru-baru ni aku banyak melayari dan melihat vlog para gadis-gadis mengenai cara pemakaian tudung. Dan aku hairan, kenapa mereka perlu bersusah payah membelit dan membalut kepala mereka jika hasilnya tetap tidak dpat menjaga aurat dengan sempurna. Adakah segala tutorial itu berdasarakn konsep ikhlas kerana Allah? Ingin membaiki pemikiran perempuan supaya bertudung dengan betul? Ada banyak yang aku lihat, semuanya lebih mengutamakan fesyen itu sendiri dari mengutamakan peraturan penjagaan aurat.

Tidak salah untuk menghias diri. Tetapi perlu juga melihat kepada niat dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika seorang isteri berhias diri untuk suaminya, itu adalah perkara yang di galakkan di dalam Islam. Namun jika seorang gadis berhias diri semata-mata kerana ingin di lihat cantik di pandangan mata masyarakat yang tiada talian darah dan bukan mahram nya, itu adalah haram. Ianya juga boleh mengundang kepada perkara yang tidak baik. Apakah wanita suka diri mereka di rogol?
Marilah kita kembali ke jalan yang lurus dan perbetulkan semula niat. Fikir-fikirkanlah..


Sekian

Tuesday, January 31, 2012

Chapter 13 : Basic Vlogger

Salam
Ada lima perkara yang aku rasa perlu di jadikan basic dalam pembikinan Vlog yang sedang berkembang pesat di kalangan pemuda pemudi di Malaysia. Aku juga tidak ketinggalan dalam mencipta sejarah hidup aku sendiri.

Sebelum vlog aku di reka, aku ada juga membuat sedikit kajian tentang perkara-perkara basic yang seharusnya di masuk ke dalam setiap vlog. Ianya menjadi elemen-elemen penarik yang penting. Aku juga masih lg dalam tempoh pembelajaran dalam memahami aliran vlog yang sebenar. So,ini adalah perkara-perkara tersebut.

1. Nama
Perkara yang paling penting. Pemilihan nama yang sesuai dengan rupa wajah diri sendiri dalam mempersembahkan penyampaian vlog.

2.      Umur
Sebenarnya tiada batasan umur untuk memulakan video log. Cuma jadi diri sendiri dan membicarakan tentang sesuatu yang cukup sesuai untuk semua viewer dalam semua lapisan umur.

3. Background
Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada viewers. Maklumat ini di salurkan ke pengetahuan viewers bagi mengenali diri vlogger. Vlogger yang menarik perhatian sememangnya ingin di kenali latar belakanag hidup mereka oleh viewers.

4. Subject

Pemilihan subjek dalam setiap video amat penting. Penyampaian yang kreatif dan subjek yang menarik, menambahkan lagi keinginan viewer untuk terus mem-view-kan cerita-cerita yang ingin disampaikan oleh vlogger. Subjek dan penyampaian yang boring, tidak akan dapta menarik hati viewer untuk terus menonton vlog anda.

5. The Music
Ini adalah perkara asas yang aku rasa paling penting sekali dalam pembikinan sesuatu vlog. Pemilihan lagu yang tepat akan membangkitkan mood viewer dalam memahami cerita dan mesej yang tersembunyi di dalam setiap video vlogger. Pemilihan muzik yang kurang bersesuaian akan membuat para viewer keliru dengan keadaan penyampaian vlogger dan mesej yang hendak disampaikan juga akan mengelirukan.

Apa yang penting, mesej yang hendak disampaikan, jelas dan para penonton memahami dengan penyampaian yang kreatif dan simple. Setakat ini sahaja dulu aku ingin berkongsi dengan semua. Kalau ada lagi nanti, sila lah berkongsi ek..fikir-fikirkan lah.



Sekian