Tuesday, September 4, 2012

Chapter 23 : The Boogey Man


Aku pergi ke Low Yat time tu sebab teringin sangat nak beli kamera DSLR aku sendiri. Lepas buat beberapa research dan melalui proses penapisan yang meyakinkan, juga berdasarkan budget yang ada, jadi aku decided untuk membeli Canon 1100D. Memandangkan aku masih amatur dan juga berdasarkan beberapa nasihat pakar photografi yang lain merangkap member-member aku juga, jadi dengan yakinnya aku ingin kan kamera itu.

Jadi seperti biasa aku akan membawa pengiring aku yang sememangnya memang sudah lali dengan selok belok pricing di Low Yat. Ya, Mr Mumble kembali lagi dalam cerita ini..haha..sememangnya dia adalah makhluk yang hidup membesar dengan gadget-gadget era moden di sekitarnya.
So, lepas membuat beberapa tinjauan, ada satu booth ni offer harga yang tersangat rendah untuk barang yang baru keluar di pasaran. Jadi sudah sememangnya ramai orang akan melekat pada kedainya untuk meneliti barangan mereka. Aku round dan survey harga yang terbaik dan match up dengan bajet aku yang tidak seberapa ni, tapi booth ni jugak yang menawarkan harga yang paling rendah disertai dengan barang-barang iringan yang lain. Booth itu di jaga oleh dua orang lelaki peranakan Cina yang tidak aku tahu dari mana asal mereka.

Aku merapati booth tersebut :

Aku : Tokey, in punya model berapa?

Tokey : owh ini ka? 1400 saja.

Aku : Wah, manyak murah o..apa lg barang dapat?

Tokey : Memory kad, tripod, beg summmaa dapat..

Aku : owh cunnn..

Mr Mumble : hmmmm..

Mr Mumble merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Aku : ok la tokey, saya mau angkat ini barang.

Tokey : ok, apakata u angkat ini sekali, flash yang terbaik untuk kamera ini. Jadi u kena tambah sikit la.

Aku : aisehh..berapa lagi kena tambah?

Tokey : skit ja..(tekan2 calculator)..ini total..

Aku : mak aih..2200! xpela tokey, saya mau kamera saja..flash sudah ada.

Tokey : macam ini lah..(tekan2 calculator balik)..ni total baru..kira cun la..

Aku : 2100?? Xmau la, sy mau kamera je..

Tokey tu punya beriya suruh aku aangkat flash tu sekali. Aku tetap dengan keputusan aku, just nak kamera dan pakejnya saja. Tokey tu muka serba salah. And then dia buat-buat call dan cakap dalam bahasa cina. Ada la dalam tiga minit. Pastu dia cakap.

‘’Kamera ini tinggal satu saja, itupun ada kat Klang. Mau tunggu ka? Kedai sudah mau tutup. U bagi no phone u. Nanti kalau barang sudah sampai, i will call.’’

Aku dan Mr Mumble pelik. Tadi beriya-iya suruh aku angkat sekali dengan flash, bila aku tak nak flash, dan-dan barang pulak takde. Pelik ni. Aku pun tinggal kan no phone aku dan beransur dari kedai tersebut dan mencari kedai yang lain. Akhirnya dapat juga aku barang yang aku idam-idamkan. Tetapi, aku ada tanya kan kepada kedai kamera itu tentang situasi tadi. Memang aku tak sangka, rupa-rupanya itu adalah taktik mereka mau kaut untung lebih dan menipu pelanggan. Aku punya lah angin, namun tetap rasa bersyukur sebab terlepas dari penipuan mereka.

Sampai sekarang diorang langsung tak call atau text aku. Nasib baik aku tak tahu nama kedai mereka. Aku harap korang semua berhati-hati untul membeli belah disana. Aku cam muka mereka, and ni gambar diorang. Boogey Man punya apek..

The Boogey Man (Taken via Instagram)





Tuesday, July 31, 2012

Chapter 22 : Peperangan Paling Unik

Dalam beberapa minggu yang lalu, aku ada menyertai satu tournament  yang di anjurkan di sekitar ibu kota. Chess!! Ya, game yang paling aku minati. Memerah keringat otak dan daya imaginatif yang kreatif dalam membentuk seni permainan yang cantik dan jitu. Tournament itu di buka untuk peserta dari seluruh pelusuk Malaysia. Peluang seperti ini memang membuka peluang kepada para berbakat dalam dunia seni percaturan untuk tampil dan menunjukkan bakat dan kehebatan dalam peperangan minda.

Aku dan team join tournament tersebut sebenarnya di atas tiket company tempat aku bekerja. So, company aku ada menghantar 5 team sebagai wakil untuk mencabar kejuaraan pertandingan itu yang mana wakilnya masing-masing amat hebat-hebat belaka. Aku rasa aku lah pemain yang paling lemah sekali..hahaha..

Oh ya, tournament itu diadakan pada 14 dan 15 Julai yang lepas. Bertempat di Cititel Express. Area-area KL juga sebenarnya. So, tidak lah terasa susah untuk aku ke sana memandangkan aku sendiri memang duduk berdekatan. Yang menjadi masalah hanya lah tempat untuk parking je. Memang masalah. Hmmm..

So, dalam tournament itu aku berpeluang untuk menyaksikan beberapa pemain bertaraf Negara beraksi. Memang teruja beb. Banyak movement set yang pelik-pelik aku tengok. Mengingat kan diri sendiri bahawa masih terlalu jauh lagi perjalanan dalam dunia seni catur ini. Adehh..

Tournament itu dimenangi oleh Team Apocalypse dari Manila,Filipina. Team ini sememangnya seperti memliki fotress yang amat kebal untuk di runtuhkan, serta mempunyai pahlawan-pahlawan satria yang amat cekap di medan peperangan.

Pemain terbaik dalam tournament itu di menangi oleh FM Pitra Andika (2327) dengan keputusan memenangi kesemua lapan peperangan.  Diikuti dengan IM Nolte Rolando (2453). Kedua mereka mempunyai tahap permainan yang berbeza dan berda dalam kelas tersediri.

Insyaallah kalau ada peluang lagi nanti aku akan terus menambah kan ilmu hingga menjadi sehebat mereka pada satu hari nanti. =)









Monday, July 30, 2012

Chapter 21 : What ta..


Pernah sekali satu masa sebelum puasa aku, Mr Mumble dan Tuz jalan meronda satu kawasan Ampang mencari tempat makan malam yang best. Namun hasilnya kami ke McD juga akhirnya selepas berjam2 membincangkannya di dalam kereta. McD di gas stesen Petronas yang terletak berhampiran dengan Galaxy Mall tempat kami selalu menonton wayang. Ianya juga baru dibuka, so mungkin sebab itulah yang menjadikan alasan kami kukuh untuk bersetuju mencuba makanan di situ yang sudah pasti masing-masing sudah pun tahu bahawa rasa makanannya sama je walau di cawangan mana pun. Psssstt..

So, malam tu customer tak berapa nak ramai makan di situ, jadi mudahlah bagi kami untuk berbaris di barisan memesan makanannya yang pendek. Mr Mumble berbaris dihadapan aku sambil mata kami manatap di menu board yang letaknya di atas kepala staff yang begitu setia menjaga kaunter. Aku, Mumble dan Tuz sudahpun mempunyai pilihan hati masing-masing setelah terpikat dan tergoda dengan keanggunan dan kejelitaan dari hasil tatapan kami selama seminit setengah pada menu yang di paparkan di dalam menu board tersebut.

Tiba giliran Mr Mumble membuat pesanan makanan. Staff kaunter yang melayan kami adalah seorang staff perempuan yang kelihatannya seperti baru sahaja menamatkan sesi persekolahan, sambil menunggu keputusan SPM, mengambil peluang untuk bekerja dan menimba ilmu dalam bidang perniagaan..perhaps.. So, Mr Mumble membuat pesanan makanan.

Mr Mumble : Saya mau set double cheese burger ye..

Kaunter : Encik nak yang regular ke large?

Mr Mumble : Owh, saya mau yang large..

So, dia mula menyadiakan set makanan yang di pesan.  Menggunakan segala kecekapan yang ada, semua pakej makanan yang di set kan didalam satu hidangan yang enak telah tersedia dengan baik sekali. Dengan set yang makanan masih berbaki segelas air berkabornat, dia mula bertanay sekali lagi kepada pelanggan di hadapannya, Mr Mumble.

Kaunter : Jadi encik, air untuk set ni encik mau air apa?

Mr Mumble : Owh, saya mau Pepsi.

Kaunter : Regular or large?

Mr Mumble : Emm? Large..

Staff itu terdiam sebentar, memandang ke bawah meja kuanter seperti berfikir sesuatu dengan pantas sebelum sambung semula kepada dialog antara dia dan Mr mumble. Aku di belakang Mr Mumble memerhatikan

Kaunter : Err..bahaya lah encik kalau order large..

Mr Mumble : ???? emm?? Kenapa?

Kaunter : Air ni manis encik.

Mr Mumble : Emm? manis? Ada ke air Pepsi tawar?

Kaunter : Bukan, maksud saya, air ni manis, encik pesan Large, so banyak la air manis encik minum. Nanti encik bole mengidap darah tinggi. Bahaya encik.

Mr Mumble : Emm??

Mr Mumble terkesima sebentar. Aku juga ada terdengar dan bingung dengan apa yang di katakannya. Sel-sel otak aku bekerja keras untuk mengaitkan kata-katanya sebentar tadi,namun tidak berhasil untuk berjumpa dengan solusinya.

Mr Mumble : Darah tinggi?

Kaunter : ya encik, darah tinggi..makan dan minum benda-benda manis banyak-banyak akan mendatangkan darah tinggi. (menjawab dengan penuh keyakinan dan muka yang berwibawa)

Manis? Darah tinggi? What de mak!!! Melihatkan kejanggalan didalam keadaan seperti itu, aku mencelah.

Aku : err, darah tinggi ke atau kencing manis?

Kaunter : (blur)…..haaa, kencing manis..silap2..haha (gelak sorang2 di kala tersipu dengan kesilapan fakta yang diberikan)

Mr Mumbel : (-____________-'')………!!!!!!!!!!!! aku nk large!!!!!!

Friday, April 6, 2012

Chapter 20 : Teddy is cute


Finally vlog aku yang seterusnya di terbitkan.

Tuesday, March 13, 2012

Chapter 19 : Menawan Si tertawan

Pendakian di Bukit Lepoh bermula sejak sebulan yang lalu. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam lamanya tidak mematahkan semangat kami yang ingin mengenali alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa dengan lebih jujur dan dekat. Log pendakian puncak di mulakan pada seawal jam 9 pagi.

Ekspidisi kami seramai 4 orang di ketuai oleh Muz, seorang guider yang berpengalaman dalam projek pendakian kali ini. di ikuti oleh Bez, Lolz dan aku sendiri. Buat pengetahuan semua, aku langsung tak pernah mendaki bukit Lepoh ni. Di atas saranan dan promotion yang gigih di lakukan oleh Muz, maka aku dan beberapa rakan yang lain mula tertarik dengan jemputan alam flora dan fauna yang tersimpan cermat jauh ke hati hutan belantara yang sejajar dengan banjaran Titiwangsa.

Semua pendaki akan ditenggelami sepenuhnya ke dalam hutan tebal jauh dari bunyi bising hiruk pikuk bandar yang seringkali mengacau ketenteraman telinga si empunya diri. Namun penat lelah pendakian akan terus menerusuk ke dasar kotak lupa sebaik sahaja suara panggilan air terjun yang tinggi dan bertingkat kedengaran. Perasaan semakin girang mula menular menutup rasa penat yang hampir mencengkam diri masing-masing.

Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi ketika kami menjejakkan kaki ke puncak. Pemandangan yang tidak mampu di kecapi di tengah kota terhidang di depan mata kami. Puncak air terjun Lepah yang begitu cantik dan menawan. Kami settledown dahulu sebelum menyentuh aliran air bukit yang begitu sejuk dan menyegarkan. 

Dari kiri : Bez , Lolz dan Muz


 Muz sedang mengingati jalan

 Kejernihan air di puncak Lepoh

 Aku menyembunyikan wajah

Air nya memang sejuk seperti ais


Wednesday, March 7, 2012

Chapter 18 : Tsunami atas darat

Salam

Semalam hujan lebat. Banyak jalan di tutup kerana air banjir mula naik. Hujan sejak petang semalam membawa ke tengah malam semalam. Penduduk kampung aku dan kawasan sekeliling khuatir tentang perkara yang tidak di ingini berlaku. namun, banjir telah melanda semalam.  Sudah memang tercatat di dalam sejarah banjir yang dahsyat pernah melanda kawasan tempat tinggal aku 15 ke 20 tahun yang lepas, namun semalam perkara yang menjadi ketakutan penduduk menghantui kembali semuanya.

Aku juga terjejas dalam perjalanan nak balik ke rumah. Walaupun office aku tidak berapa jauh dari rumah, ianya tetap menjejaskan segala akitiviti yang telah di rancang sebelumnya. Ketika hujan semakin lebat, kotak pemikiran aku terus memprocess gambar-gambar yang memaparkan kedahsyatan banjir mungkin melanda rumah aku. Hati aku ingin cepat pulang ke rumah. Dengan itu, aku terus je redah hujan yang lebat. memang sungguh adventure aku semalam. Sepanjang jalan aku boleh lihat banjir di serata tempat. Bukan sekadar takungan air yang biasa ketika hujan, tetapi sejumlah air yang dapat mematahkan walaupun perjalan sebuah lori treler. Aku basah lenjun. Jalan nak masuk ke kawasan rumah aku pun polis tutup. Terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh.

Sebaik aku sampi di rumah, Mr Mumble call aku. Berhajat nak tengok banjir katanya. Aku pun explain yang aku baru je lepas meredah banjir seperti epic pengembaraan yang hebat. Rupanya kawasan rumah Tuz mengalami keadaan banjir yang amat teruk. Separuh penduduk dikawasannya terpaksa dipindahkan. dan kebanyakkan mereka telah tinggal sehelai sepinggang. Akibat daripada kehilangan harta benda yang hanyut di bawa arus.






Muangkin ada hikmak di sebalik segala kejadian yang berlaku. Allah Maha Berkuasa. Tiada sesiapa pun yang mampu melawan kehendak dan kuasanya. Subahanallah..

Fikir-fikirkan lah....

Sekian

Tuesday, March 6, 2012

Chapter 17 : Tristam - Diablo


Aku tak tahu kenapa lagu yang berhantu ini sungguh-sungguh menghantui zaman childhood aku dulu.Setiap kali mendengarnya pasti akan teringat dan terpapar segala kisah dan perkara yang berlaku hampir 15 tahun dahulu, seolah-olah ianya baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. This is really true music art..!