Tuesday, December 11, 2012

Chapter 25 : True Love Story



Pernah beberapa ketika tidak lama dari tarikh hari ini, kita sekali di jadikan bahan sasaran oleh pihak-pihak kafirun yang menghina Nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w. Jelas bahawa ini merupakan bentuk serangan besar-besaran terhadap umat Islam. Ianya seperti pengistiharan perang kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Dengan pembikinan filem dari seorang manusia bodoh, hina dan keji, Nakoula Basseley Nakoula, ianya benar-benar menaikkan kemarahan umat Islam yang begitu menyanjungi dan menyintai Baginda Rasulullah. Tamparan itu juga memberi impak yang besar kepada Negara kita.

Jika zaman Rasulullah dahulu, apabila Islam di cerca dan di hina, pasti akan ada yang bangkit dan berani memerangi musuh-musuh agama Allah ini dengan niat untuk mempertahankan dan memartabatkan agama Islam. Syahid sudah pasti menjadi cita-cita mereka semua. Baik yang sudah tua atau pun yang masih muda remaja. Lihat saja lipatan-lipatan sejarah yang sudah cukup kuat membuktikan keberanian mereka memperjuangkan nama suci di bahu mereka.



Namun apakah yang sudah berlaku dengan umat Islam di zaman sekarang? Adakah cukup sekadar kita hanya percaya walaupun mereka yang hina ini menghina Nabi junjungan kita, asalkan kita tetap sayang dan cintakan Rasulullah, dan tidak terpengaruh dengan mereka, maka ianya seperti tiada apa-apa yang berlaku? Dan dengan itu sahaja kita meredhakan segalanya berlaku?

Adakah kita akan lakukan perkara yang sama jika kedua ibu bapa kita di hina dan cerca oleh orang lain?

“Owh, xpe..asalkan aku masih lagi cinta dan sayangkan mak bapak aku..nk hina, hina lah..’’

Adakah cara ini benar-benar membuktikan kasih sayang kita terhadap kedua ibu dan bapa kita? Adakah ini caranya kita meluahkan rasa cinta kita yang konon nya tiada belah bahagi? Bagaiamana jika setiap orang yang kita sayangi terjerumus ke dalam dugaan ini? Apakah yang benar-benar kita akan lakukan nanti? Adakah tetap menguatkan diri sekadar di dalam hati sahaja?

This is sucks!!

Kita sudah pasti akan melenting dan mengamuk sehabis mungkin untuk mempertahankan keluarga dan orang-orang yang kita sayangi di dunia ini, betul?  Adalah lebih baik kita tanamkan sebenar-benar rasa cinta di hati ini sebagai garisan dan panduan di dalam perjalan hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini

Bukan cuba untuk memprovokasi, namun sebagai nasihat dan peringatan untuk diri sendiri supaya tidak jauh menyimpang dari landasan asal kehidupan kita yang hanyalah sementara ini. Tanyalah diri sendiri, adakah kita ini layak untuk digelar sebagai pengikut setia Baginda yang menempuh liku-liku hidup bagi menyampaikan agama Allah yang sangat mulia ini? Adakah kita menyampaikan walaupun sedikit kepada orang yang benar-benar tidak menemui jalan Allah yang benar? Hidup ini penuh dengan pertanyaan yang hanya kita sendiri mengetahui jawapannya. 

Jadi bertanyalah selalu.


No comments: