Pernah beberapa ketika tidak lama dari tarikh
hari ini, kita sekali di jadikan bahan sasaran oleh pihak-pihak kafirun yang
menghina Nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w. Jelas bahawa ini merupakan
bentuk serangan besar-besaran terhadap umat Islam. Ianya seperti pengistiharan
perang kepada seluruh umat Islam di dunia ini.
Dengan pembikinan filem dari seorang manusia
bodoh, hina dan keji, Nakoula Basseley Nakoula, ianya benar-benar menaikkan
kemarahan umat Islam yang begitu menyanjungi dan menyintai Baginda Rasulullah. Tamparan
itu juga memberi impak yang besar kepada Negara kita.
Jika zaman Rasulullah dahulu, apabila Islam
di cerca dan di hina, pasti akan ada yang bangkit dan berani memerangi
musuh-musuh agama Allah ini dengan niat untuk mempertahankan dan memartabatkan
agama Islam. Syahid sudah pasti menjadi cita-cita mereka semua. Baik yang sudah
tua atau pun yang masih muda remaja. Lihat saja lipatan-lipatan sejarah yang
sudah cukup kuat membuktikan keberanian mereka memperjuangkan nama suci di bahu
mereka.
Namun apakah yang sudah berlaku dengan umat
Islam di zaman sekarang? Adakah cukup sekadar kita hanya percaya walaupun
mereka yang hina ini menghina Nabi junjungan kita, asalkan kita tetap sayang dan
cintakan Rasulullah, dan tidak terpengaruh dengan mereka, maka ianya seperti
tiada apa-apa yang berlaku? Dan dengan itu sahaja kita meredhakan segalanya
berlaku?
Adakah kita akan lakukan perkara yang sama
jika kedua ibu bapa kita di hina dan cerca oleh orang lain?
“Owh, xpe..asalkan aku masih lagi cinta dan
sayangkan mak bapak aku..nk hina, hina lah..’’
Adakah cara ini benar-benar membuktikan kasih
sayang kita terhadap kedua ibu dan bapa kita? Adakah ini caranya kita meluahkan
rasa cinta kita yang konon nya tiada belah bahagi? Bagaiamana jika setiap orang
yang kita sayangi terjerumus ke dalam dugaan ini? Apakah yang benar-benar kita
akan lakukan nanti? Adakah tetap menguatkan diri sekadar di dalam hati sahaja?
This is sucks!!
Kita sudah pasti akan melenting dan mengamuk
sehabis mungkin untuk mempertahankan keluarga dan orang-orang yang kita sayangi
di dunia ini, betul? Adalah lebih baik
kita tanamkan sebenar-benar rasa cinta di hati ini sebagai garisan dan panduan
di dalam perjalan hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini
Bukan cuba untuk memprovokasi, namun sebagai
nasihat dan peringatan untuk diri sendiri supaya tidak jauh menyimpang dari
landasan asal kehidupan kita yang hanyalah sementara ini. Tanyalah diri sendiri,
adakah kita ini layak untuk digelar sebagai pengikut setia Baginda yang
menempuh liku-liku hidup bagi menyampaikan agama Allah yang sangat mulia ini? Adakah
kita menyampaikan walaupun sedikit kepada orang yang benar-benar tidak menemui
jalan Allah yang benar? Hidup ini penuh dengan pertanyaan yang hanya kita
sendiri mengetahui jawapannya.