Dalam beberapa minggu yang lalu, aku ada menyertai satu
tournament yang di anjurkan di sekitar
ibu kota. Chess!! Ya, game yang paling aku minati. Memerah keringat otak dan
daya imaginatif yang kreatif dalam membentuk seni permainan yang cantik dan
jitu. Tournament itu di buka untuk peserta dari seluruh pelusuk Malaysia. Peluang
seperti ini memang membuka peluang kepada para berbakat dalam dunia seni
percaturan untuk tampil dan menunjukkan bakat dan kehebatan dalam peperangan
minda.
Aku dan team join tournament tersebut sebenarnya di atas
tiket company tempat aku bekerja. So, company aku ada menghantar 5 team sebagai
wakil untuk mencabar kejuaraan pertandingan itu yang mana wakilnya
masing-masing amat hebat-hebat belaka. Aku rasa aku lah pemain yang paling lemah
sekali..hahaha..
Oh ya, tournament itu diadakan pada 14 dan 15 Julai yang
lepas. Bertempat di Cititel Express. Area-area KL juga sebenarnya. So, tidak
lah terasa susah untuk aku ke sana memandangkan aku sendiri memang duduk
berdekatan. Yang menjadi masalah hanya lah tempat untuk parking je. Memang masalah.
Hmmm..
So, dalam tournament itu aku berpeluang untuk menyaksikan
beberapa pemain bertaraf Negara beraksi. Memang teruja beb. Banyak movement set
yang pelik-pelik aku tengok. Mengingat kan diri sendiri bahawa masih terlalu
jauh lagi perjalanan dalam dunia seni catur ini. Adehh..
Tournament itu dimenangi oleh Team Apocalypse dari Manila,Filipina.
Team ini sememangnya seperti memliki fotress yang amat kebal untuk di
runtuhkan, serta mempunyai pahlawan-pahlawan satria yang amat cekap di medan
peperangan.
Insyaallah kalau ada peluang lagi nanti aku akan terus
menambah kan ilmu hingga menjadi sehebat mereka pada satu hari nanti. =)